awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertemu semula keluarga selepas 28 tahun hilang diculik

Agensi
Agensi
18/09/2023
08:20 MYT
Bertemu semula keluarga selepas 28 tahun hilang diculik
Pada 2021, Kai Ye mendaftar dirinya di platform Bao Bei Hui Jia (Come Home, Precious One), sebuah badan kebajikan yang membantu individu yang hilang bertemu kembali dengan yang tersayang.- Gempak.com
BEIJING: Selepas 28 tahun hilang akibat diculik, seorang lelaki bernama Kai Ye berjaya kembali ke pangkuan keluarganya di China.
Kai Ye, yang kini berusia 32 tahun, diculik ketika dia berumur tiga tahun. Ketika kejadian, Kai Ye berada di sebuah pasar basah di Sichuan.
Menurut Kai Ye atau nama asalnya Zhang Tao, ketika diculik, dia dibawa ke Guangdong sebelum dihantar keluar ke Singapura.
Pada 2021, Kai Ye mendaftar dirinya di platform Bao Bei Hui Jia (Come Home, Precious One), sebuah badan kebajikan yang membantu individu yang hilang bertemu kembali dengan yang tersayang.
Ibunya melihat video Kai Ye yang pada waktu itu sedang mencari keluarga kandungnya pada Julai 2023.
Ketika itu, wanita berkenaan dapat merasakan Kai Ye merupakan anaknya yang telah lama hilang dan segera menghubungi badan kebajikan berkenaan.
Dua bulan kemudian, Kai Ye terbang ke Cheng Du, Sichuan daripada Singapura untuk bertemu dengan ibunya.
Kai Ye ditemani oleh isterinya. Pertemuan anak-beranak itu dirakam dan viral di platform media sosial.
Menerusi klip berkenaan, Kai Ye dilihat memeluk ibunya, sementara ayahnya pula berdiri di sisi, mengelap air mata.
Topic Berkaitan
#China
#kes culik
#Sichuan
#Kai Ye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan