awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beruang kutub ditemui lemah di tapak pelupusan sampah, diberi rawatan di zoo

Agensi
Agensi
22/06/2019
08:11 MYT
Beruang kutub ditemui lemah di tapak pelupusan sampah, diberi rawatan di zoo
Imej beruang kutub yang sesat di tapak pelupusan sampah, beratus-ratus kilometer dari habitatnya, membuka mata ramai. - Reuters
Imej seekor beruang kutub yang merayau dalam keadaan lemah, kebuluran dan keliru di sebuah tapak pelupusan sampah baru-baru ini di bandar Norilsk, Rusia meresahkan golongan pemerhati sedunia khususnya pencinta haiwan serta alam sekitar.
Mamalia yang meninggalkan habitatnya di Artik yang sejauh ratusan kilometer itu membuka mata ramai tentang isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat dan juga kerosakan besar yang dilakukan manusia.
Beruang itu pada Jumaat akhirnya berjaya ditempatkan di sebuah zoo di bandar Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan, lapor Reuters.
Ketika gambar dan video beruang betina berusia dua tahun itu mula tular Ahad lalu di Norilsk, ia dalam keadaan sangat tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.
Beruang kutub betina itu kini sedang dirawat di sebuah zoo di Siberia. - Reuters
Beruang kutub betina itu kini sedang dirawat di sebuah zoo di Siberia. - Reuters
Syarikat minyak Rosneft, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya turut terlibat dalam operasi memindahkan haiwan tersebut dari Nirilsk ke Krasnoyarsk.
"Beruang itu kini menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya,” ujar kenyataan itu.
Perubahan iklim ternyata telah memusnahkan habitat dataran ais di kutub dan itu memaksa haiwan-haiwan di situ bergerak lebih jauh untuk mencari makanan di tanah yang didiami manusia.
Setakat ini masih tiada butiran terperinci tentang bagaimana beruang kutub itu sampai di Norilsk.
Seorang pakar hidupan liar, Oleg Krashevsky, yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa ia berkemungkinan tersesat. Tambahnya, semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas.
Krashevsky berkata, beruang itu terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.
Topic Berkaitan
#artik
#beruang kutub
#beruang polar
#hidupan liar
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan