awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beruang matahari ceroboh kediaman penduduk berjaya ditangkap

Bernama
Bernama
17/05/2025
15:45 MYT
Beruang matahari ceroboh kediaman penduduk berjaya ditangkap
Ahmad Azmi berkata haiwan itu telah memecahkan beberapa barangan di rumah berkenaan, dipercayai dalam usaha mencari makanan kira-kira 4.30 pagi tadi. - Gambar APM Pekan
KUANTAN: Seekor beruang matahari berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas menceroboh masuk sebuah kediaman di Taman Tanah Putih, Pekan hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan Kapt (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata haiwan itu telah memecahkan beberapa barangan di rumah berkenaan, dipercayai dalam usaha mencari makanan kira-kira 4.30 pagi tadi.
"Beruang itu kemudiannya telah memanjat keluar dan disyaki merupakan haiwan peliharaan yang terlepas daripada jagaan pemilik di kawasan taman berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Azmi berkata sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut ke lokasi kejadian, selain lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan yang dikerahkan sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.36 pagi.
Beliau berkata kakitangan Perhilitan telah melepaskan tembakan ubat pelali dan beruang itu kemudian dibawa ke Perhilitan Kuantan untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#beruang matahari
#ubat pelali
#panggilan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan