awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Besi penyokong jambatan tak stabil dipercayai punca runtuh

Aizat Sharif
Aizat Sharif
06/06/2013
23:44 MYT
Besi penyokong jambatan tak stabil dipercayai punca runtuh
Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur tersebut pada lewat petang semalam.
Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah memberitahu Astro Awani bahawa runtuhan telah menyebabkan sebuah kenderaan yang melalui dibawah struktur tersebut dihempap dan terperangkap.
“Mengikut sumber dari pihak kontraktor, semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya berlakunya runtuhan selepas itu,” kata Mohamad Shoki.
Sehingga jam 7 pagi tadi, seorang mangsa yang terperangkap telah berjaya dikesan oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.
“Lebih kurang jam 12.05 pagi tadi, tinjauan pasukan penyelamat telah berjaya mengesan seorang mangsa yang terperangkap didalam kereta dan usaha untuk mengeluarkan mangsa masih giat dijalankan,” beliau berkata.
Mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat dihempap struktur konkrit itu.
Walau bagaimanapun, Mohamad Shoki yakin tiada lagi mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Kesukaran utama yang terpaksa dihadapi oleh anggota bomba adalah untuk mengangkat konkrit yang telah menghempap sebuah kereta Perodua Kelisa milik mangsa yang terkorban.
“Kerja-kerja masih dijalankan dan kita sedang cuba untuk memecahkan bongkah konkrit tersebut. Apabila berjaya, kita akan membuat lubang untuk mengangkat bongkah konkrit tersebut untuk mengeluarkan kereta yang terperangkap itu,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jambatan Kedua Pulau Pinang
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan