KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji pengehadan tempoh perkhidmatan perdana menteri, tidak melebihi 10 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Satu soal selidik telah dimuat naik di Portal BHEUU dan pandangan itu (kajian) boleh dijawab mulai 23 Nov 2021 sehingga esok (8 Dis 2021).
"Satu Jawatankuasa Teknikal juga telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu CSA (Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan) untuk mengkaji cadangan kerajaan berdasarkan sesi libat urus yang holistik untuk membuat penetapan dasar," katanya semasa diwawancara dalam program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari menerusi Buletin Bernama, hari ini.
Beliau berkata, pindaan berkaitan perkara itu akan dilaksanakan pada Julai 2022, setelah kajian terperinci selesai dilaksanakan.
Wan Junaidi berkata, cadangan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri akan dilaksanakan supaya tidak lagi berlaku situasi yang mana sekiranya perdana menteri itu menang di dalam pilihan raya, beliau akan terus memegang jawatan tersebut.
"Oleh itu, kita putuskan melalui jawatakuasa yang dipanggil CSA untuk menyatakan tempoh masa perkhidmatan perdana menteri adalah selama 10 tahun sahaja," katanya.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, Parlimen bersama Jabatan Peguam Negara sedang meneliti penggubalan atau pindaan berkaitan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2022, dan Penggubalan Akta Majlis (Kuasa Dan Keistemewaan) 2022 dan ia dijangka dibentangkan semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima pada Mac 2022.
"Dengan reformasi ini, penggubalan atau pindaan akta-akta tersebut, kebebasan Parlimen terjamin dan perjalanan mesyuarat di dewan akan lebih teratur," katanya.
Selain itu, Wan Junaidi berkata Jemaah Menteri pada 17 Sept lepas telah memutuskan supaya kerajaan menggerakkan penggubalan suatu Undang-Undang Lompat Parti dan satu soal selidik telah dibangunkan untuk dijawab oleh Ahli Parlimen dan orang awam mulai 23 Nov lepas sehingga 7 Dis 2022.
"Sehingga kini, seramai 7,000 orang awam yang telah menjawab soal selidik ini. Perkara ini merupakan antara usaha kerajaan untuk mendapatkan pandangan semua pihak dalam penetapan dasar," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan. - Gambar BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
BHEUU, AGC kaji had tempoh perkhidmatan PM tidak lebih 10 tahun
Kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan.
Keutamaan kerajaan selesai hutang negara - Tun M
Menurut Perdana Menteri, kerajaan kini tidak mempunyai dana mencukupi untuk meneruskan kesemua projek serentak dan perlu bijak mengurus hutang.
Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dua penggal akan dilaksanakan
Kerajaan Pulau Pinang akan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan cadangan menghadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal dilaksanakan.