PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Menteri di Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam kenyataan bersama pada Selasa berkata, salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak.
Menurut kenyataan itu, satu mesyuarat diadakan pada Selasa dengan objektif mengatur strategi ke arah menangani isu berhubung kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Selain itu, satu kempen kesedaran bersifat menyeluruh yang melibatkan semua sektor dan agensi berkaitan dalam usaha membanteras jenayah berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Ia akan disebarluaskan di seluruh negara dengan matlamat untuk menekankan tanggungjawab setiap individu untuk melaporkan kejadian penderaan seksual kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak [Akta 792] memperuntukkan bahawa kegagalan untuk melaporkan jenayah itu merupakan satu jenayah dan peruntukan berkenaan jelas menggambarkan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menangani isu tersebut.
Kempen itu antara lain akan melibatkan pendekatan 'Training of Trainers' dengan para guru dan pemimpin masyarakat akan dididik untuk mengesan dan melaporkan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam persekitaran sekolah secara berkesan.
Menurut kenyataan bersama itu, statistik terkini dari tahun 2017 hingga 2023 melaporkan trend peningkatan yang membimbangkan, dengan jumlah mangsa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan adalah 6,990 orang, dan tahun lepas 1,570 kes dilaporkan.
Peratus besar mangsa berada dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, dengan 110 kes yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun pada tahun 2023, menurut kenyataan bersama itu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, lebih daripada 80 peratus jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan individu yang dikenali oleh mangsa.
"Justeru, seluruh anggota masyarakat memainkan peranan yang penting untuk melindungi anak-anak kita daripada ancaman jenayah seksual yang semakin menjadi-menjadi," kata kenyataan bersama itu.
Susulan pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual oleh Kementerian Pendidikan, Kerajaan Perpaduan sedang mengiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan pendidik mengenai peruntukan undang-undang berkaitan isu tersebut serta mewujudkan mekanisme pelaporan yang berkesan dan mesra kanak-kanak dalam institusi pendidikan di bawah KPM.
Bagi memudahkan pelaksanaan usaha itu, BHEUU akan memeterai satu Nota Kerjasama dengan KPM, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak, kata Azalina Othman Said (kiri) dan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Bernama
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
BHEUU, KPM atur strategi isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak
BHEUU, KPM akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.