awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara Ebit Lew: Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong

Bernama
Bernama
07/02/2023
15:20 MYT
Bicara Ebit Lew: Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas. - Gambar fail
TENOM: Seorang pegawai polis dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau telah merampas sebuah telefon bimbit milik pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak di bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Supt Hirdawati Isa, 42, berkata telefon itu dirampas pada jam 7.05 malam, 28 Sept 2021.
Saksi pendakwaan keenam itu berkata beliau telah diarahkan oleh pegawai penyiasat Supt Noor Asyikin Shamsuri untuk membuat rampasan itu apabila Wong datang ke Bukit Aman pada hari tersebut.
"Pada hari itu (28 Sept 2021), Wong telah datang ke pejabat D11, Bukit Aman, saya telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta Wong menyerahkan kad pengenalan beliau.
"Saya telah mengarahkan Wong menyerahkan telefon bimbitnya kepada saya," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.
Hirdawati, bagaimanapun, berkata beliau tidak membuat pemeriksaan terhadap kandungan telefon bimbit itu dan menyerahkan kepada Noor Asyikin pada hari sama.
Sementara itu, Majistret Nur Asyraf Zolhani menolak permohonan pihak pendakwaan supaya dua saksi pendakwaan memberi keterangan secara tertutup.
Saksi berkenaan ialah Inspektor Yip Chang Ching yang juga Forensik Analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengadu dalam kes itu.
Zahida berkata Yip akan memberi keterangan berhubung 90 imej bukti-bukti isi kandungan pemacu pena yang diperolehinya melibatkan imej tertuduh dan pengadu yang bersifat seksual.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#perbicaraan mahkamah
#Firdaus Wong
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan