KUALA LUMPUR :Saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka selesai memberi keterangan dalam tempoh sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhamad Asyraf Md Kamal memaklumkan perkara itu semasa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh perbicaraan baharu hari ini.
Semasa ditanya Ahmad Shahrir mengenai masa yang diperlukan pihak pendakwaan untuk memanggil baki saksi bagi memberi keterangan, Muhamad Asyraf berkata: “ termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup, pihak kami menjangkakan dalam tempoh sebulan”.
Setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 6 Okt. Sebelum ini pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil 37 saksi termasuk 11 saksi yang akan memberi keterangan secara tertutup itu.
Ahmad Shahrir menetapkan 5 hingga 16 April, 3 hingga 7 Mei dan 24 hingga 28 Mei untuk menyambung perbicaraan.
Terdahulu Muhamad Asyraf memohon supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan hari ini hingga Khamis ini dilapangkan kerana TPR Muhammad Iskandar Ahmad yang tinggal di Klang tidak dapat hadir berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sekiranya perbicaraan berlangsung tanpa kehadiran beliau, ia akan menjejaskan pasukan pendakwaan memandangkan beliau ketua pasukan pendakwaan dan segala arahan datang daripada beliau. Beliau juga mempunyai saksi-saksinya sendiri,” katanya.
Muhamad Asyraf berkata mengambil kira juga perintah PKPB yang akan turut diperluaskan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, ia akan memberi kesan kepada saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.
“Pihak pendakwaan memohon sekiranya mahkamah dapat melapangkan tarikh bicara yang ditetapkan sebelum ini dan menetapkan tarikh baharu,” katanya.
Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah tidak membantah permohonan itu.
Ahmad Shahrir berkata mahkamah bertanggung jawab bagi memastikan PKPB dipatuhi dan membenarkan penangguhan.
“Oleh yang demikian perbicaraan kes ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain,” katanya.
Hasanah dituduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah (KP) Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia di pejabat KP Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Hasanah, 62, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Bernama
Tue Oct 13 2020
Saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah RM50.4 juta Hasanah Abdul Hamid dijangka selesai memberi keterangan dalam tempoh sebulan. - Gambar BERNAMA
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Enam utas jam tangan mewah bernilai RM142,410 dibeli secara tunai - Saksi
Saksi berkata enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model telah dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lepas.
Bicara kes bekas KP perisikan: Saksi pendakwaan dijangka selesai beri keterangan sebulan
Saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah RM50.4 juta bekas Ketua Pengarah MEIO, Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka selesai memberi keterangan dalam tempoh sebulan.
Kes pecah amanah Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia: SPRM sita lebih US$4 juta
SPRM telah menjalankan operasi Ops Dinar 2 bagi menyiasat dakwaan salah guna wang tersebut.
Mahkamah Tinggi batal waran tangkap terhadap bekas ketua perisik
Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.