Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan bermula 5 Julai tahun depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan perbicaraan pada bulan Julai iaitu 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai selepas pengurusan kes hari ini.
Mahkamah juga menetapkan 11 Ogos untuk pengurusan kes selanjutnya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bertindak bagi pihak pendakwaan manakala peguam Nur Syahirah Hanapiah mewakili Najib, 67.
Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen tetapi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 selepas pihak pendakwaan membuat permohonan.
Najib juga dibicarakan atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana SRC RM42 juta dan kes itu ditetapkan untuk keputusan esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 27 2020

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

AWANI Ringkas: Empat negeri masih terkesan banjir | Pematuhan PKP di Melaka 95%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

COVID-19: India mula kempen vaksinasi besar-besaran, sasar 300 juta penduduk
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.

AWANI Ringkas: Sesi persekolahan bersemuka ditangguh | Kementerian Kesihatan arah teliti vaksin Pfizer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Anggota yang cedera itu merupakan Timbalan Ketua Polis Bandar Kabul, Mawlana Bayan.

COVID-19: Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat kaji mutasi baharu - WHO
Peningkatan kapasiti penjujukan genom koronavirus perlu agar dapat memantau secara efektif perubahan dilalui virus.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.01 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kes kematian tertinggi dengan 393,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Ratusan ribu kes baharu di seluruh dunia dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Daniel Lau Khai Wen yang berpakaian t-shirt merah ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.

COVID-19: Pelawat ke Singapura perlu miliki insurans bermula 31 Jan
Insurans tersebut untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19.

Bicara kes Najib, Arul Kanda atas dakwaan pinda laporan audit 1MDB ditangguh
Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Jan ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Mahkamah Tinggi mengeluarkan amaran keras kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bicara 1MDB ambil masa, dijangka langkaui kes pecah amanah Najib-Irwan
Mahkamah Tinggi diberitahu perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1MDB akan mengambil masa panjang.

Najib adalah 'showrunner' 1MDB - Bekas CEO 1MDB
Mohd Hazem Abd Rahman berkata walaupun Ahli Lembaga Pengarah mempunyai kuasa membuat keputusan, semuanya ditentukan oleh Najib kerana beliau memegang kuasa veto.

Pendakwaan mohon mahkamah keluarkan amaran tegas kepada Najib serang Zeti di media sosial
Gopal Sri Ram membangkitkan perkara itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan komen dalam talian yang dimuat naik Najib.

Mahkamah tolak permohonan Najib batal perbicaraan 1MDB pada Rabu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perbicaraan kes 1MDB pada Rabu dibatalkan bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat mangsa banjir.

Zeti nafi keluarga terbabit skandal 1MDB
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Goldman Sachs gagal pujuk pegawai bayar semula wang 1MDB
Goldman sebelum ini didenda AS$5 bilion oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah pihak berkuasa negara itu.