SHAH ALAM: Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini dengan pendakwaan dijangka memanggil dua atau tiga saksi untuk memberi keterangan.
Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa pada 9 pagi.
"Ya, bicara akan berjalan esok. Pihak kami dijangka memanggil dua atau tiga saksi," kata Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang akan mengetuai pasukan pendakwaan ketika dihubungi.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh akan mewakili Ahmad Zahid, 68.
Sebelum ini, Raja Rozela memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu
Ia merupakan perbicaraan kedua Presiden UMNO itu selepas kes 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018 mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri telah mendapatkan untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai SGD1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan bermula esok di Mahkamah Tinggi. - Gambar fail/Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.
Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 4 Jun hingga 27 Jun dan 2 Julai hingga 31 Julai 2024.
Perbicaraan Trump tidak akan bermula pada Oktober - Hakim
Perkara itu disahkan hakim dalam keputusan yang membenarkan bekas Presiden AS itu dibicarakan selepas perbicaraan dua bekas peguamnya.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.
Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.