NATIONAL
Bicara kes saman Fahmi Fadzil terhadap Papagomo bermula 2 Oktober

Fahmi menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo akan bermula pada 2 Okt ini di Mahkamah Tinggi di sini.
Ringkasan AI
- Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri (Papagomo) akan bermula pada 2 Oktober di Mahkamah Tinggi.
- Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan masjid untuk kempen pilihan raya, yang bertentangan dengan titah Sultan Selangor. Dakwaan ini disiarkan di pelbagai platform media sosial pada akhir Julai dan awal Ogos 2023.
- Fahmi menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan fitnah tersebut. Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti yang didakwa.
"Mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 3 Okt untuk perbicaraan," kata peguam itu.
Prosiding berkenaan turut dihadiri peguam Mohammed Zamri Ibrahim yang mewakili Mohd Fauzan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.
Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023, manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos tahun sama.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu tidak berasas, dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami