KUALA LUMPUR: Pada Khamis, kerajaan negeri Johor mengumumkan Ihsan 3.0, Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bernilai RM241 juta merangkumi 33 inisiatif bertunjangkan dua fokus utama.

Diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, tumpuan Ihsan 3.0 itu adalah bagi memperkasakan pengurusan pandemik dan mengukuhkan bantuan keselamatan sosial bagi meringankan beban ditanggung rakyat Johor ekoran penularan pandemik COVID-19.

Pelbagai bentuk bantuan jangka pendek dan jangka panjang telah direncana untuk diterima warga Johor, dengan syarat setiap individu wajib mendaftarkan diri dalam program vaksinasi terlebih dahulu.

Untuk matlamat itu, peruntukan RM75 juta diumumkan bagi tujuan pemerkasaan pengurusan COVID-19, di mana RM40 juta daripadanya untuk pembelian vaksin dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

Pelbagai lagi bentuk pakej ransangan yang telah diumum akan dihurai beliau bersama hos Nazri Kahar dalam Agenda AWANI, malam ini jam 9, di Saluran 501, Live TV (astroawani.com/live-tv) dan platform media sosial Astro AWANI