KUALA LUMPUR: Status ketauliahan, pengalaman serta latar belakang pengamal pusat penjagaan ibu bersalin (postnatal) perlu diambil kira sebelum melanggan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan.
Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan serta menjamin hak pelanggan memandangkan semakin banyak muncul pusat penjagaan seumpama itu.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah yang memberikan peringatan itu bagaimanapun berkata, sehingga kini masih belum ada lagi akta khusus untuk perkhidmatan pusat penjagaan ibu dan bayi ketika berpantang.
"Kerajaan masih dalam perbincangan dan penggubalan dasar itu akan melibatkan pelbagai pihak kerana pusat penjagaan ibu berpantang bukan setakat hanya menjaga sahaja tetapi juga merangkumi perubatan tradisional dan moden, urut, jamu dan penggunaan alat perubatan hospital," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif baru-baru ini.
STATUS PUSAT PENJAGAAN IBU BERPANTANG
"Oleh itu, semua pengamal penjagaan ibu berpantang sama ada bidan, jururawat ataupun pengamal urutan tradisional perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta 775.
"Ia bagi menjamin kualiti perkhidmatan pengamal postnatal kepada pelanggan di samping dapat melindungi hak, menjaga keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua pihak," katanya.
Abdul Shukur berkata semakin ramai bakal ibu atau yang berpengalaman melahirkan anak mengakui akan kepentingan berpantang dengan betul dan paling penting bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan terutamanya ketika pandemik COVID-19.
"Pusat penjagaan ini biasanya menyediakan penginapan dan makanan berpantang untuk ibu dan bayi, dengan perkhidmatan dobi dan kakitangan sokongan 24 jam. Ini termasuk jururawat, bidan atau pembantu pantang. Sesetengah pusat juga menyediakan produk berpantang dan produk bayi, serta aktiviti seperti kelas pengasuhan dan sesi urutan.
"Namun dalam menawarkan pakej, pelbagai aspek perlu diambil kira seperti penetapan harga, keselamatan bangunan yang digunakan untuk penjagaan postnatal, serta kualiti perkhidmatan," katanya.
Beliau menambah, buat masa sekarang, sekiranya pusat penjagaan berkenaan didapati melanggar peraturan atau berlaku kemalangan di premis berkenaan membabitkan pelanggan dan bayi, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh menggantung lesen perniagaan.
"Sebab itulah pentingnya diwujudkan akta khusus untuk memantau kerana jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, penguatkuasaan dapat dijalankan dengan menutup premisnya dan tindakan ke atas staf yang terlibat," katanya.
PROGRAM MAMACARE
Dalam wawancara dengan Bernama ini juga, Abdul Shukur berkata, selain penjagaan postnatal yang ditawarkan oleh pihak swasta, ibu selepas bersalin mempunyai alternatif untuk mendapatkan perkhidmatan di bawah program naungan LPPKN iaitu Mamacare.
Menurut beliau, sejak ditubuhkan pada tahun 2012, pihaknya telah melatih seramai 1,431 pengamal Mamacare di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan postnatal bergerak iaitu rumah ke rumah bagi pakej penjagaan ibu berpantang.
Beliau menambah, setakat ini, Mamacare memberi perkhidmatan kepada seramai 54,271 orang wanita dan kesemua pengamal Mamacare berkemahiran dalam bidang urutan tradisional, penyediaan makanan berpantang, bertungku serta pengurusan bayi,
Pengamal Mamacare menjalani latihan bertauliah selama setahun di Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan menggunakan standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia 4.
Mereka yang mengambil latihan bertauliah ini terlebih dahulu mesti memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 (sama ada menerusi program Mamacare atau dengan pihak lain).
"Antara silibus dalam modul pembelajaran itu termasuk kursus saringan kesihatan, asas kaunseling, selain kaedah penjagaan postnatal tradisional dan moden," katanya sambil menambah, peserta akan diberi uniform Mamacare dan sijil selepas kursus untuk melayakkan mereka menjalankan perkhidmatan.
Menurut beliau, kelebihan perkhidmatan pengamal Mamacare ialah mereka turut diberi latihan untuk melakukan saringan kesihatan seperti penggunaan alatan tekanan darah sebelum menjalankan urutan tradisional atau moden.
"Jika dibandingkan dengan pengamal urutan tradisional, mereka hanya menpunyai pengalaman yang mungkin diwarisi daripada nenek moyang namun jika mereka diberi latihan di bawah Mamacare, ia lebih bersifat profesional dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka," katanya.
Sebanyak 12 pakej ditawarkan di bawah program Mamacare untuk sebelum dan selepas bersalin yang berharga antara RM499 hingga RM8,999.
Pengarah Urusan Mamacare, Rahimah Ibrahim memberitahu Bernama, pihaknya juga menawarkan pakej lulur dan pakej urutan penggalak susu, selain pakej untuk wanita-wanita yang mengalami keguguran.
Kesemua pakej yang ditawarkan hanyalah merupakan penjagaan harian (daycare) dan tidak bermalam 'overnight' di rumah pelanggan.
Mamacare juga turut mengeluarkan produk berpantang seperti jamu, mandian herba, bengkung, dan penjagaan bayi-bayi jenama tersendiri.
Menurut beliau, mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan selepas bersalin boleh berbuat demikian menerusi aplikasi dalam talian 'Mamacare.my' yang boleh dimuat turun menerusi Google Play.
MAHU PENGAMAL SWASTA DIIKTIRAF
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esther Postpartum Care Sdn Bhd, Datin Kathrina Loh berkata, pihaknya menggabungkan perubatan tradisional Cina dan moden dalam penjagaan ibu berpantang sejak penubuhannya 13 tahun lalu.
"Kesemua jururawat, bidan dan pengamal postnatal kami dilatih secara eksklusif dari Taiwan kerana konsep berpantang di pusat kami adalah berpandukan kepada hospitaliti Taiwan, selain disesuaikan dengan budaya tempatan.
"Namun demikian, adalah lebih profesional sekiranya kerajaan dapat menggubal satu akta khas bagi mengawal selia pusat penjagaan ibu berpantang seperti kami kerana kini semakin banyak persaingan dan untuk pemantauan kedua-dua belah pihak," katanya.
Menurut beliau, perkhidmatan berpantang secara eksklusif itu terkenal dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina, tetapi masih kurang mendapat perhatian oleh pe-langgan berbangsa Melayu kerana mereka lebih suka berpantang di rumah dengan mengamalkan rawatan tradisional turun-temurun.
"Perubahan gaya hidup masyarakat melihat kesedaran kepada golongan muda untuk memilih pusat kesihatan postnatal kerana di sini, tahap kesihatan mereka akan dipantau sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar selepas bersalin dan di bawa ke sini untuk berpantang.
"Bagi pelanggan berbangsa Cina, perkhidmatan penjagaan pelanggan hanya selama 28 hari tetapi untuk pelanggan berbangsa Melayu, ia boleh dilanjutkan sehingga hari ke-44," katanya sambil menambah, pihaknya bakal menawarkan pakej berpantang untuk pelanggan-pelanggan Melayu dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, kata beliau, disebabkan berstatus pusat jagaan, sebarang komplikasi ataupun masalah kesihatan ketika berpantang haruslah merujuk kepada hospital ataupun klinik berdekatan.
"Doktor sakit puan, pediatrik dan pengamal tradisional Cina hanya akan datang dua kali seminggu, jadi jika berlaku sebarang kecemasan pada ibu seperti demam, batuk ataupun komplikasi lain, kami akan menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor yang bertugas sebagai Locum (separuh masa) hanya akan datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dua hingga tiga kali seminggu," katanya.
Loh menjelaskan, bayaran pakej yang disediakan untuk berpantang selama 28 hari adalah antara RM13,888 hingga RM33,000 bergantung kepada pakej dan jenis penginapan seperti hotel butik.
"Bayi pula ditempatkan di bilik khusus dan mendapat perhatian secukupnya oleh jururawat terlatih serta dibawa ke bilik ibu untuk menyusu selain menerima lawatan doktor kanak-kanak setiap minggu.
"Ibu dan anak yang baru sahaja keluar dari hospital akan terus datang tanpa perlu membawa peralatan lengkap dari rumah, kerana kami akan menyediakan segalanya untuk pelanggan.
"Antaranya ialah lampin pakai buang tanpa had, produk mandian dan pakaian bayi, manakala rutin biasa penjagaan bayi pula ialah seperti ukuran berat badan, penjagaan tali pusat, urutan badan bayi serta pemeriksaan kesihatan bayi dengan termasuk suhu badan, kadar degupan jantung dan juga pernafasan.
"Turut diutamakan ialah pemantauan terhadap penyakit kuning dalam kalangan bayi-bayi baru lahir," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Pusat penjagaan ini biasanya menyediakan penginapan dan makanan berpantang untuk ibu dan bayi, dengan perkhidmatan dobi dan kakitangan sokongan 24 jam. - Gambar hiasan / BERNAMA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.