JOHOR BAHRU: Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau berkata ini kerana setiap karya penulisan kreatif seperti cerpen, mempunyai pelbagai nilai murni intrinsik dan ekstrinsik yang dapat diteladani oleh orang ramai menerusi pembacaan.
"Nilai-nilai seperti ini, jika dicerap melalui pembacaan akan membentuk kemahiran insaniah dan sahsiah diri yang tinggi kepada pembaca," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noraini berkata penganjuran program Sayembara Cerpen Parit Sulong 2022 (SAMPEN) yang dirasmikannya hari ini juga berupaya menggilap penulis cilik untuk menghasilkan karya kreatif, sekali gus menggalakkan peserta untuk menzahirkan pemikiran kreatif dan kritis ke dalam bentuk penulisan berimpak positif.
Katanya program kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kementerian Pengajian Tinggi dan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat itu diadakan bertujuan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai lembayung ilmu kepada penulisan kreatif dan puitis.
"Kita pastinya berbangga apabila bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa puitis, merdu dan unik. Tambahan pula, bahasa Melayu telah terbukti sekian lama dalam menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia.
"Walaupun rata-rata peserta lahir dalam era 'millennial' yang dipenuhi dengan gelombang modenisasi, namun kemegahan menggunakan bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu idea masih dikekalkan," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dalam kenyataan sama berkata sayembara itu bertepatan dengan aspirasi penubuhan UKM sebagai universiti watan yang meletakkan jati diri kebangsaan sebagai asas dalam menjulang semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Pertandingan sayembara itu hanya terbuka kepada pelajar di kawasan Parlimen Parit Sulong, yang menyaksikan 32 sekolah kebangsaan dan lima sekolah menengah menyertainya.
Sebanyak 16 cerpen karya terbaik peserta sayembara akan dihimpunkan di dalam sebuah buku yang bertajuk Ceritera Kulawangsa Parit Sulong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad. - Gambar fail/BERNAMA

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara menyeluruh - Noraini
Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.