awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: Ini kemenangan paling bermakna - Nadeera Zaini

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/07/2023
07:13 MYT
Big Stage 2023: Ini kemenangan paling bermakna - Nadeera Zaini
Bagi Nadeera, ini merupakan kemenangan paling bermakna buat dirinya apatah lagi selepas berdepan dengan barisan pesaing hebat seperti Waode dan Putera Muhammad. -Foto Astro/Azrul Rafie
PERSEMBAHAN yang konsisten setiap minggu dan tidak pernah mengecewakan.
Maka kemenangan yang diperoleh finalis Big Stage 2023, Nadeera Zaini tidak perlu disangkal.
Bagi Nadeera, selepas 10 minggu berhempas pulas, ini merupakan kemenangan paling bermakna buat dirinya apatah lagi setelah berdepan barisan pesaing yang hebat seperti Waode dan Putera Muhammad.
"Kemenangan ini merupakan kemenangan yang bermakna untuk saya, sebab sudah lama saya idamkan.
"Saya pernah berharap yang saya dapat menyertai Big Stage selepas melihat persembahan Aisha Retno musim lepas, tapi tak sangka Allah makbulkan doa itu dan bukan itu saja, saya diberi rezeki untuk bergelar juara juga, saya sangat-sangat bersyukur," katanya.
Menerusi kemenangan itu, Nadeera berjaya membawa pula hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, trofi dan juga sebuah single baharu yang akan dicipta oleh Hyun Shin.
Bagi anak kelahiran Mersing ini, dia tidak sabar untuk bekerjasama dengan komposer yang pernah mencipta lagu untuk kumpulan popular Korea, Exo dan juga Justin Bieber.
"Teruja sebenarnya. Kalau genre saya sebenarnya suka cuba macam-macam genre.
"Saya pun tak pernah cuba lagu-lagu pop, mungkin kita akan cuba tapi apa yang saya harap saya dapat mencipta nama saya menerusi lagu-lagu saya," kata Nadeera.
Makin dikenali rakyat Malaysia, Nadeera berjanji akan mengeluarkan lebih banyak karya buat peminat-peminatnya.
Pada masa sama, Nadeera juga menyatakan bahawa dia akan mula bergerak bersama "team" untuk memastikan namanya akan lebih dikenali ramai pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#Finalis Big Stage
#Waode
#kemenangan paling bermakna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan