NATIONAL
"Bila gaji masuk, 30 minit dah habis" - Keluhan warga B40

Adam menolak ibunya di kawasan pangsapuri mereka. - Astro AWANI
"Bila gaji masuk, dalam 30 minit dah habis," keluh Adam, seorang penunggang dispatch yang menyara hidup hanya dengan pendapatan RM 1,100 sebulan.
Adam merupakan salah seorang daripada golongan B40 atau golongan pendapatan terendah merangkumi 2.78 juta isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Walaupun Adam mampu menampung hidupnya sendiri, namun dia turut perlu menanggung bil hospital ibunya yang menghidap penyakit diabetes dan sakit buah pinggang.
"Saya tidak mempunyai apa-apa simpanan, hanya ada duit gaji untuk sara hidup bagi saya dan ibu saya," katanya yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Gambar fail gelandangan di Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kitaran kemiskinan bukan mudah dipecahkan dan ia berpanjangan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Hanya wujud satu langkah yang boleh pecahkan kitaran ini: pendidikan.
"Jika seseorang itu miskin, mereka akan melahirkan generasi yang berkemungkinan tinggi akan menyambung kitaran kemiskinan itu," kata Prof Laily Paim, seorang pensyarah Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia.
"Satu-satu cara untuk hentikan kitaran kemiskinan ini adalah menerusi pendidikan. Sama ada secara formal atau tidak, ia harus bagi melarikan diri daripada kemiskinan," tegas beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami