MALAYSIA
Bila kemalangan salahkan MOT, syarikat juga patut semak saman pemandu - Loke

Loke, bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelaksanaan Penggunaan Speed Limitation Device (SLD) bagi kenderaan perdagangan di Pejabat Scania (Malaysia), Bukit Jelutong, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Pengusaha kenderaan berat turut bertanggungjawab melakukan semakan latar belakang terhadap pemandu mereka, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ringkasan AI
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan pengusaha kenderaan berat perlu bertanggungjawab menyemak latar belakang pemandu mereka, dan tidak hanya menyalahkan kerajaan dalam isu keselamatan jalan raya.
- Kementerian Pengangkutan sedang membangunkan pangkalan data bersepadu, yang akan mengintegrasikan rekod jenayah serta maklumat pemandu dengan sistem JPJ dan polis bagi meningkatkan pemantauan.
- Pemandu bas yang terlibat dalam nahas UPSI mempunyai 18 saman, termasuk 13 kesalahan memandu laju, menunjukkan kepentingan semakan latar belakang oleh syarikat pengangkutan.
Menurut Loke, pihak syarikat hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan pemandu ke dalam sistem polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Lepas itu, anda boleh tahu berapa banyak saman yang pemandu itu ada tapi kenapa syarikat atau pengusaha tidak buat semakan?
“Mahu semak saman senang sahaja, ramai yang semak saman ahli politik. Saya punya saman, semua orang boleh semak. Ini masalah saya katakan, kita kena lihat secara keseluruhan,” ujarnya.
Rentetan itu, Loke memaklumkan, kementerianya sedang membangunkan satu pangkalan data yang akan merangkumi rekod jenayah dan diintegrasikan bersama sistem JPJ serta polis.
Pada Selasa, polis mengesahkan sebanyak 18 saman pernah dikeluar kepada pemandu bas yang terbabit dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada 18 saman itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju.
Antara lain ialah satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami