Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana isu-isu itu bukan lagi masalah parti itu tetapi melibatkan kepentingan rakyat, kata aktivis sosial, Kua Kia Soong.
Beliau juga membangkitkan persoalan apakah Pakatan Rakyat dan PKR akan menutup semua dakwaan itu sekiranya Khalid berjaya disingkirkan daripada jawatannya sekarang.
Sambil menyifatkan isu ini sudah sampai ke peringkat "tidak ada patah balik", Kia Soong berkata "rakyat Malaysia tidak akan menerima tuduhan serius ini ditarik balik sekiranya Khalid letak jawatan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan seluruh negara."
Beliau membangkitkan persoalan-persoalan itu dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh beberapa portal berita.
Penasihat Suaram yang juga bekas wakil rakyat DAP itu turut bertanya apakah dakwaan salah laku itu hanya diketahui selepas pilihan raya umum ke-13 kerana Khalid dilantik semula memegang jawatan itu selepas pilihan raya tersebut.
"Bagaimana Rafizi yang selalu membuat pendedahan terlepas semua dakwaan salah laku itu? Adakah Rafizi hanya membuat pendedahan yang berpilih?" tanya Kia Soong, merujuk kepada Ahli Parlimen Pandan yang juga Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi sebelum ini membuat beberapa pendedahan mengenai dakwaan salah laku melibatkan pemimpin Barisan Nasional termasuk soal dana projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation (NFCorp) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Kia Soong juga bertanya apakah Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak tahu tentang isu-isu itu atau apakah dia merasakan isu itu tidak serius kerana beliau dilaporkan mencadangkan Khalid boleh dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pada Selasa menyerahkan kepada PAS sepucuk surat yang mendedahkan beberapa dakwaan yang menggariskan kenapa Khalid tidak lagi layak jadi menteri besar Selangor.
Khalid pada Isnin mencabar Saifuddin supaya mengemukakan tuduhan-tuduhan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membuat laporan polis. Tegas Khalid, beliau sedia disiasat berhubung semua dakwaan itu.
Krisis melibat jawatan Menteri Besar Selangor ini mula hangat selepas PRU13 dimana, Abdul Khalid yang sebelum ini dianggap sebagai seorang pentadbir yang cekap mula didakwa banyak memberi masalah.
Abdul Khalid dikatakan banyak membuat keputusan tanpa merujuk kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dan ianya dikatakan lebih menguntungkan Barisan Nasional.
Mesyuarat Biro Politik PKR pada Januari lalu memutuskan supaya Abdul Khalid mengosongkan jawatannya sebagai menteri besar.
PKR kemudiannya menyusun strategi yang dinamakan sebagai 'Langkah Kajang' dengan dalam usaha untuk melantik menteri besar baharu.
Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mendakwa 'Langkah Kajang' - yang pada asalnya meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon - merupakan strategi awal untuk menawan Putrajaya pada PRU14 akan datang.
Namun, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.
Keputusan itu membuatkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Kajang dan tempatnya diganti oleh isteri beliau yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
'Langkah Kajang' diteruskan dan Wan Azizah memenangi kerusi Dun itu tetapi Abdul Khalid tetap tidak melepaskan jawatannya.
Desakan demi desakan dibuat tetapi Abdul Khalid terus berdegil dan menyatakan beliau akan terus memegang jawatan tersebut hingga tamat penggal ini.
PKR akhirnya menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Namun hasrat PKR tidak mendapat sokongan PAS menerusi kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pihaknya tetap mahukan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketegasan Abdul Hadi itu mendapat sokongan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus dilihat menyukarkan hasrat PKR.
PKR akhirnya menyediakan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam alasan mengapa Abdul Khalid perlu disingkirkan.
Astro Awani
Tue Aug 05 2014
Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.
Seniman S Amin Sahab dirawat di CCU, IJN
Penulis lirik S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Termakan dakyah pempengaruh antara punca pelajar tidak hadir duduki SPM
Terpengaruh dengan dakyah pempengaruh media sosial bahawa boleh berjaya tanpa SPM dilihat antara faktor menyumbang kepada statistik tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Pantau Agenda Reformasi: BUDI MADANI: Makanisme subsidi diesel untuk petani dan pekebun kecil
Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Fokus kepada pekebun-pekebun kecil adakah kumpulan benar-benar mendapat manfaat? dan saranan pihak persatuan untuk tambah baik sistem ini.
Fokus kepada pekebun-pekebun kecil adakah kumpulan benar-benar mendapat manfaat? dan saranan pihak persatuan untuk tambah baik sistem ini.
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.
Niaga AWANI: Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63% rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Untung bersih RHB menyusut, namun kewangan tetap kukuh
Keuntungan bersih RHB Bank Bhd untuk tiga bulan berakhir 31 Mac 2024 turun 4.1 peratus kepada RM730.2 juta berbanding RM761.66 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Untung Farm Fresh meningkat lima kali ganda bagi suku keempat 2024
Untung bersih Farm Fresh Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2024 melonjak hampir lima kali ganda kepada RM23.9 juta.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pusaka Timber Industries jalin MoU dengan syarikat China, teroka potensi industri buluh
Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara Pusaka Timber Industries Sdn Bhd, G-COVE Technologies Co Ltd, dan Sichuan Vanov New Materials Co Ltd, di Chengdu, China.
Penandatanganan MOU tersebut merintis jalan bagi ketiga-tiga pihak untuk melakukan penilaian komersial terperinci terhadap pembangunan ladang buluh, pengeluaran pulp, dan produk berdasarkan serat di Sarawak.
#NiagaAWANI
Penandatanganan MOU tersebut merintis jalan bagi ketiga-tiga pihak untuk melakukan penilaian komersial terperinci terhadap pembangunan ladang buluh, pengeluaran pulp, dan produk berdasarkan serat di Sarawak.
#NiagaAWANI
Genap 51 tahun dijemput Ilahi, ini karya agung Tan Sri P Ramlee yang ‘mendunia’
Tanggal 29 Mei akan selalu dikenang sebagai tarikh berpulangnya figura seni Allahyarham P Ramlee yang sudah mengharumkan nama Malaysia di dunia.
"Bila Pakatan Rakyat dan PKR tahu Khalid bermasalah?"
Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.