PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 orang pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember, dan Suku Tahun Keempat 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial.
"Bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember 2023, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.03 juta orang daripada 17 juta orang pada November, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi iaitu pada 70.2 peratus (November 2023: 70.1 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bilangan penduduk bekerja pada Disember meningkat sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.46 juta orang berbanding 16.43 juta orang pada November, sementara bilangan penganggur menurun sebanyak 0.2 peratus kepada 567,800 orang.
Jumlah penduduk bekerja pada Disember 2023, katanya sebanyak 75.2 peratus daripadanya adalah terdiri daripada kategori pekerja, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.38 juta orang.
"Begitu juga, trend peningkatan turut dapat dilihat dalam kategori bekerja sendiri, yang meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3 juta orang," katanya.
Sektor perkhidmatan terus mencatatkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja terutama dalam aktiviti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.
Trend yang sama juga dilihat dalam bilangan penduduk bekerja bagi sektor pembuatan, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian, manakala bilangan penduduk bekerja dalam sektor pertanian terus menurun.
Beliau turut menyatakan bahawa pada Disember 2023, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.6 peratus, dengan 307,200 penganggur belia (November 2023: 10.6 peratus; 308,500 orang).
"Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun turun sebanyak 0.1 peratus kepada 6.4 peratus, mencatatkan 432,100 penganggur belia (November 2023: 6.5 peratus; 432,000 orang)," katanya.
Dari segi kadar pengangguran dan KPTB mengikut negeri, Putrajaya dilaporkan dengan kadar pengangguran terendah iaitu pada 1.5 peratus pada suku tahun keempat 2023 berbanding semua negeri, diikuti oleh Perlis dan Pulau Pinang pada 2 peratus.
Sejajar dengan prospek ekonomi Malaysia yang lebih baik pada 2024, katanya disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang semakin meningkat dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi, pasaran buruh negara akan turut mendapat impak positif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial. - Gambar fail/BERNAMA
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus menurun pada Mei lalu pada jumlah 566.1 ribu orang, dengan kadar kekal 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023
Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 orang pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Kadar pengangguran turun kepada 600,900 orang
Bilangan penganggur terus menunjukkan penurunan kepada 600,900 orang pada November berbanding 602,000 pada Oktober tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bilangan penganggur meningkat, kadar pengangguran kekal 4.8 peratus pada Julai
Pada Julai 2021, bilangan guna tenaga terus menurun namun pada kadar yang perlahan, manakala pengangguran merekodkan sedikit peningkatan.