awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik asrama pelajar Kolej Marsah terbakar

Bernama
Bernama
05/03/2019
05:54 MYT
Bilik asrama pelajar Kolej Marsah terbakar
Pangsapuri berkenaan setinggi lima tingkat dan kejadian berlaku di sebuah rumah di tingkat dua. - Gambar fail
Sebuah bilik asrama pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di Pangsapuri Titiwangsa, Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, terbakar, malam tadi, namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Suhaimi Jamal berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 7.35 malam sebelum tiba 10 minit kemudian dengan kekuatan 28 anggota bersama lima jentera.
Beliau berkata pangsapuri berkenaan setinggi lima tingkat dan kejadian berlaku di sebuah rumah di tingkat dua.
"Semasa kejadian, hanya terdapat seorang pelajar di dalam sebuah bilik rumah berkenaan, yang keseluruhannya mempunyai tiga bilik.
"Pelajar terbabit terasa bahang dari bilik bersebelahan sebelum dia bertindak keluar rumah dan turun ke bawah bangunan pangsapuri itu bagi memaklumkan rakan-rakan lain," katanya.
Mohd Suhaimi berkata rumah tersebut didiami 12 pelajar dan operasi kebakaran melibatkan keseluruhan bilik terbabit tamat pada 8.59 malam tadi.
Katanya, punca dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Kolej MAHSA
#operasi
#pelajar
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan