awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik simpanan barang Jabatan Farmasi HTJ terbakar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/03/2023
16:26 MYT
Bilik simpanan barang Jabatan Farmasi HTJ terbakar
Sebuah bilik simpanan barang di Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dijilat api petang Khamis. - Foto ihsan JBPM
SEREMBAN: Sebuah bilik simpanan barang di Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dijilat api petang Khamis.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Hamlan Ishak berkata, kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu memusnahkan 20 peratus ruangan di bilik berkenaan.
“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan pukul 4.16 petang yang mana kebakaran ini melibatkan sebuah bilik kecil di Jabatan Farmasi HTJ.
“Kira-kira 20 peratus daripada bilik simpanan barang di bahagian farmasi yang berukuran 4 x 20 kaki itu telah terbakar,”katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa kerana ianya tidak merebak ke ruangan lain di Jabatan Farmasi itu.
“Tiada mangsa yang terkesan dengan kejadian ini kerana ketika pihak bomba sampai kesemua petugas sudah berada di luar kawasan terlibat.
“Sebanyak dua jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan api berjaya dikawal pada jam 4.31 petang,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#bilik simpanan barang
#Jabatan Farmasi HTJ
#terbakar
#Hospital Tuanku Ja afar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan