awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik tidur asrama tahfiz musnah dalam kebakaran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/12/2019
15:04 MYT
Bilik tidur asrama tahfiz musnah dalam kebakaran
Kesemua pelajar lelaki di pusat tahfiz itu berjaya melarikan diri ketika api sedang marak dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.50 malam tadi itu. - Foto ihsan JBPM
Seramai 18 pelajar Ma'ahad Tahfiz Imam Al Jahzari di Jalan Bunga Raya 6, dekat Tongkang Yard, Alor Setar terselamat kerana sempat berlari keluar apabila bangunan asrama mereka musnah dalam kebakaran.
Kesemua pelajar lelaki di pusat tahfiz itu berjaya melarikan diri ketika api sedang marak dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.50 malam tadi itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.59 malam berhubung kebakaran tersebut.
"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Mohd Zabidi Abu Hassan bersama sepasukan anggota tiba di lokasi jam 9.05 malam.
"Operasi turut dibantu sepasukan anggota BBP Alor Setar bersama tiga jentera termasuk sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS)," jelasnya.
Katanya, kebakaran membabitkan sebuah bangunan dua tingkat.
"Kemusnahan membabitkan sebahagian bangunan itu dan kebakaran dapat kawal pada jam 9.12 malam dan tindakan BBP Jalan Raja adalah dengan memadam kebakaran dengan satu aliran dua pancutan, dan turut dibantu pasukan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang berdekatan," katanya lagi.
Mohamadul Ehsan berkata, Pasukan BBP Alor Setar memberi bantuan air (relay) dan kebakaran membabitkan tempat tidur pelajar.
Tambahnya, punca dan kerugian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#BBP Jalan Raja
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Kedah
#kebakaran tahfiz
#Maahad Tahfiz Imam Al Jahzari
#pusat tahfiz
#Tongkang Yard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan