awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintara Muda Maritim dituduh terima rasuah RM26,000 dengan 32 pertuduhan

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
04:24 MYT
Bintara Muda Maritim dituduh terima rasuah RM26,000 dengan 32 pertuduhan
Mohd Norizan (tengah) didakwa menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot milik Neo Siong Joo. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Seorang Bintara Muda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan menerima suapan RM26,200 dari seorang nelayan, empat tahun lalu.
Mohd Norizan Yahaya, 46 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zani.
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga ke-32, Mohd Norizan telah menerima suapan berjumlah RM26,200 daripada Neo Siang Joo melalui pemindahan wang secara dalam talian, ke dalam akaun bank miliknya.
Mohd Norizan didakwa melakukan perbuatan terbabit di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Mahkota Square Jalan Mahkota, di sini, antara 13 Mei 2018 dan 30 Mei 2019.
Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot milik Siong Joo.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fauzee Azizan.
Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan kadar ikat jamin yang rendah memandangkan dia hanya mempunyai RM4,000 dan sedang menanggung isterinya yang tidak bekerja, selain menghidap kanser pangkal rahim tahap tiga.
Hakim kemudiannya memutuskan jumlah ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan, tertuduh perlu hadir melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga selesai perbicaraan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Januari 2022.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Bintara Muda Maritim
#dorongan untuk tidak ambil tindakan
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan