BIPOLAR adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Dahulunya ia dikenali sebagai ‘manic depression’ tetapi istilah ini tidak lagi diguna pakai dalam bidang perubatan masa kini.
Dalam bahasa Melayu adakalanya penyakit ini juga dikenali sebagai kecelaruan dwikutub.
Ini kerana terdapat kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami oleh seseorang individu.
Perasaan gembira yang melampau ini dikenali sebagai fasa ‘mania’ dan jika gejala ‘mania’ tersebut tidak begitu ketara, ia dikenali sebagai ‘hypomania’.
Jangka masa kecelaruan emosi ini berbeza mengikut individu. Ada mengalami perubahan emosi yang berubah silih berganti dalam jangka masa cepat pada suatu masa dan ada juga mengalami fasa kemurungan atau fasa mania berpanjangan.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.
Kedua-dua bahan kimia ini adalah lebih tinggi dari biasa pada fasa mania dan rendah pada fasa kemurungan.
Serotonin memainkan peranan yang penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus dan motivasi.
Bagaimanapun, berbanding penyakit kecelaruan psikosis seperti schizophrenia, penyakit yang melibatkan kecelaruan emosi seperti bipolar mempunyai tahap penyembuhan serta prognosis yang lebih baik.
Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit ini boleh berfungsi dengan baik di antara episod penyakit.
Terdapat dua jenis penyakit bipolar iaitu bipolar I (satu) dan bipolar II (dua).
Kadar penyakit
Penyakit ini biasanya berlaku pada usia muda iaitu pada purata 18 tahun bagi bipolar I dan 20 tahun bagi bipolar II.
Daripada kajian yang dijalankan oleh World Mental Health Survey Initiative yang melibatkan 11 negara, kadar prevalens sepanjang hayat untuk penyakit bipolar I adalah 0.6 peratus berbanding 0.4 peratus untuk bipolar II.
Kadar ini adalah berbeza mengikut negara. Didapati Amerika Syarikat (AS) mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding Jepun.
Didapati juga bahawa wanita lebih ramai sedikit mengalami penyakit ini (kadar prevalens 1.1 peratus untuk bipolar I dan 1.3 peratus untuk bipolar II) berbanding lelaki (0.8 peratus untuk bipolar I dan 0.9 peratus untuk bipolar II).
Penyakit ini didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang berusia muda serta berpendidikan tinggi.
Apakah perbezaannya?
Bipolar I: Terdapat sekurang-kurangnya satu fasa mania, tidak kira samada terdapat fasa kemurungan ataupun tidak.
Biasanya fasa kemurungan mendahului fasa mania dan ini menyebabkan ada pesakit yang didiagnosakan mempunyai kemurungan atau ‘Major Depressive disorder’ pada permulaan sebelum didiagnosakan mengalami bipolar.
Gejala psikosis seperti halusinasi serta delusi boleh berlaku pada pesakit bipolar jenis ini.
Bipolar II: Terdapat fasa hypomania dan fasa kemurungan. Pesakit tidak pernah mengalami fasa mania.
Ramai beranggapan bahawa ia merupakan jenis bipolar yang lebih ringan, tetapi ini tidak benar kerana fungsi kehidupan yang terjejas didapati sama seperti mereka yang mengalami bipolar I.
Fasa kemurungan yang dialami oleh pesakit haruslah memenuhi kriteria untuk diagnosa ‘Major Depressive Disorder’ dan bukannya kesedihan biasa iaitu di mana pesakit mengalami kesedihan berpanjangan sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Apakah fasa mania?
Ia merupakan satu fasa di mana terdapat perasaan gembira yang berterusan dan melampau atau cepat marah (baran) dan peningkatan aktiviti serta tenaga yang tidak normal berlangsung sekurang-kurangnya satu minggu.
Selain daripada itu, terdapat gejala-gejala lain yang harus dipenuhi untuk mendiagnosa fasa mania ini iaitu:
1. Peningkatan rasa harga diri serta merasakan diri hebat (grandiosity).
2. Kurang keperluan untuk tidur, misalnya hanya perlu tidur hanya dua sehingga tiga jam sehari tetapi masih berasa segar.
3. Lebih banyak bercakap dari biasa.
4. Mempunyai banyak idea dan merasakan fikiran bergerak laju.
5. Mudah terganggu atau tidak dapat menumpukan perhatian.
6. Peningkatan aktiviti yang bermatlamat atau keresahan psikomotor (psychomotor agitation).
7. Penglibatan melampau dalam aktiviti yang berisko dan menyebabkan kesan buruk seperti membeli belah tanpa kawalan, hubungan seksual secara rambang atau membuat pelaburan tanpa berfikir panjang.
Biasanya mereka di dalam fasa mania ini perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan.
Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai risiko untuk mencederakan diri atau orang lain serta mengalami gejala psikosis.
Hypomania merupakan episod mania yang lebih ringan di mana gejalanya berlangsung sekurang-kurangnya empat hari dan tidak menjejaskan secara ketara fungsi seseorang individu.
Ia juga tidak mempunyai gejala psikosis serta biasanya tidak memerlukan kemasukan ke hospital.
Bagaimana diagnosa dibuat?
Seperti penyakit mental yang lain, perlu dipastikan bahawa gejala-gejala yang dialami bukanlah disebabkan oleh kesan pengambilan dadah atau penyakit fizikal.
Untuk itu, selain daripada pengambilan sejarah penyakit dari pesakit dan keluarga, pemeriksaan fizikal, ujian makmal serta adakalanya ujian radiologi perlu dijalankan untuk kepastian.
Faktor risiko
1. Persekitaran
Sejarah penderaan ketika kanak-kanak serta tekanan yang berpanjangan merupakan antara faktor risiko yang dikenalpasti.
Ia didapati lebih tinggi di negara berpendapatan tinggi. Mereka yang telah berpisah, bercerai atau kematian pasangan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk bipolar I berbanding mereka yang berkahwin atau tidak pernah berkahwin.
2. Genetik
Faktor genetik merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting untuk penyakit ini. Didapati, risiko adalah 10 kali ganda bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai bipolar.
Rawatan
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubatan penstabil emosi (mood stabilizer) serta antipsikotik.
Dalam fasa kemurungan pula, ubatan anti-kemurungan turut diberikan bersama ubat penstabil emosi.
Rawatan ubatan ini perlu diambil untuk jangka masa panjang dan pesakit perlu hadir untuk temu janji secara tetap.
Di samping itu, rawatan psikoterapi juga dijalankan bagi membantu penyembuhan.
Antara jenis psikoterapi yang dijalankan termasuk terapi kognitif dan tingkah laku.
Rawatan psikoterapi membantu seseorang itu memahami dirinya dan penyakit di samping membantu pesakit mencari kemahiran terbaik bagi menghadapi tekanan serta masalah.
* Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Firdaus Abdul Gani
Sat Sep 21 2019

Perubahan emosi tidak stabil serta ketara menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian. - Foto Twitter @psychiatristbpl

Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok
Sejurus tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya tersepit.

AWANI Ringkas: Vaksin COVID-19: Negara kaya amal nasionalisme | Chelsea lantik Thomas Tuchel sebagai pengurus

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.38 juta kes.

AWANI Ringkas: NACSA keluar notis amaran ancaman godam | KKM meterai dokumen perolehan vaksin

Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam
Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan PKP.

Ekonomi dunia dijangka pulih tahun ini, dimulakan dengan China - APIB
China merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketatkan PKP sektor perkilangan dan pembinaan - Gapan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengetatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi sektor perkilangan dan pembinaan.

Nelayan dikhuatiri hilang di Pulau Talang
Dua kru warga Myanmar berada di atas kapal tongkang pasir cuba menyelamatkan diri, manakala seorang lagi kru yang juga warga Myanmar berumur lingkungan 40 tahun disyaki hilang.

Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang tersebut yang berleluasa di kawasan terbabit.

COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117
MOH akan memulakan satu operasi khas yang menawarkan ujian saringan kepada kakitangan yang bertugas dari 31 Dis di Lapangan Terbang Jewel Changi dan di kedai serta tempat makan.

Selena Gomez dedah alami gangguan bipolar
Selena Gomez dimaklumkan tentang perkara tersebut selepas satu kunjungan ke sebuah hospital.

Pakar psikiatri, pegawai psikologi atau kaunselor: Sama atau berbeza?
Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh berbuat demikian.

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019: Promosi kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri
Ramai yang kurang selesa apabila bercakap mengenai bunuh diri dan terdapat banyak salah faham mengenainya.

Bipolar: Kecelaruan emosi silih berganti
Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Pencemaran udara dikaitkan dengan masalah gangguan bipolar, kemurungan
Kajian yang serupa turut dijalankan di London, China dan Korea Selatan, dan kesemuanya menunjukkan hasil yang tidak jauh berbeza.

'Overdose' dadah? Penyanyi genit Demi Lovato dikejarkan ke hospital
Penyanyi Demi Lovato dimasukkan ke hospital di Los Angeles disebabkan pengambilan dadah jenis heroin secara berlebihan.

Mariah Carey mengakui dirinya alami gangguan bipolar
Dia memberitahu, pada awalnya dia tidak mahu mempercayainya, dan hanya akhir-akhir ini rasa terbuka untuk menerima rawatan.