awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Ibarat bersama keluarga” - Duta Libya kagumi kemesraan di Perlis

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2025
01:40 MYT
“Ibarat bersama keluarga” - Duta Libya kagumi kemesraan di Perlis
Tuanku Syed Faizuddin (kanan) menyantuni seorang warga emas semasa baginda berkenan menyertai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.
KUALA PERLIS: Duta Besar Libya ke Malaysia, Mohamed A.M. Attia meluahkan rasa kagum terhadap keindahan nilai kekeluargaan yang dirasai sepanjang lawatan kerja beliau ke negeri Perlis.
Dalam ucapan sebelum berangkat pulang ke ibu negara, Mohamed berkata, meskipun telah berada di Malaysia hampir tiga tahun dan berpeluang melawat ke pelbagai lokasi, namun, pengalaman di Perlis kali ini amat menyentuh hati dan berbeza daripada yang lain.
“Apa yang kami rasakan di sini ibarat bersama satu keluarga,” ujar beliau penuh terharu.
Beliau turut memuji keperibadian Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa merendah diri dan mesra dalam mendekati masyarakat.
“Kami amat mengagumi bagaimana Tuanku berhubung dengan rakyat dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan,” katanya lagi.
Mohamed menyampaikan ucapan tersebut sempena program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Program kayuhan kali ini turut disertai oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Atase Akademik Kedutaan Libya di Malaysia, Dr Aiman A. K. Elmahmod serta Pengawal Kewangan Kedutaan Libya, Dr Nassar Grepay.
Sempena program tersebut, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan zakat MAIPs kepada tiga penerima asnaf terpilih, iaitu Prathin Bamrungphak dari Kampung Tengah; Che Sepiah Musa dari Kampung Seberang Alo dan Ramli Ismail dari Kampung Pulau Ketam.
Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli, serta beras fidyah.
Terdahulu, Mohamed turut menyampaikan syarahan umum sempena program Ambassador Talk Series bertajuk “Building Bridges Of Knowledge: Towards Strategic Partnership In Education And Innovation” yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Duta Libya
#Mohamed A M Attia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan