BIRMINGHAM: Dua pasangan skuasy negara menempah slot ke suku akhir acara beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila menumpaskan lawan masing-masing di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham, di sini hari ini.
Pada aksi pusingan 16 terbaik itu hari ini, gandingan Aifa Azman dan Rachel Arnold menewaskan pasangan Pakistan Faiza Zafar-Amna Fayyaz 11-7, 11-6, manakala Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi tidak berdepan masalah mengatasi cabaran wakil Kanada, Nicole Bunyan-Hollie Naughton 11-4, 11-3.
Menanti Aifa-Rachel di peringkat lapan terbaik itu ialah beregu India Joshana Chinappa-Dipika Pallikal Karthik, sementara Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani dijadual bertemu pasangan Australia Donna Lobban-Rachael Grinham, esok.
Sementara itu, Ong Sai Hung-Mohammad Syafiq Mohd Kamal, mengetepikan cabaran pasangan Barbados Simpson Shawn-Cummerbatch Khamal 11-3, 11-7 pada aksi pusingan 32, hari ini.
Pasangan negara itu akan berdepan beregu England Adrian Waller-Daryl Selby, manakala satu lagi wakil Malaysia Ng Eain Yow-Yuen Chee Wern yang mendapat 'bye' di pusingan 32, akan menentang pasangan adik beradik dari New Zealand Temwa-Lwamba Chileshe, di pusingan 16, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Aifa Azman (foto) dan Rachel Arnold menewaskan pasangan Pakistan Faiza Zafar-Amna Fayyaz 11-7, 11-6. -Gambar fail/Bernama
Penjual ais lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dipenjara dua tahun
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hadis Hashim, 38, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 4 April lepas.
Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah lelaki negara mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Awas helah agensi dakwa mampu beri visa haji – Menteri Agama
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian untuk pertingkat kesalinghubungan
Peningkatan itu disebabkan permintaan perjalanan yang kukuh dan prestasi faktor beban yang positif di laluan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah penerbangan mingguan Malaysia Airlines di India kepada 71.
Peluang pelabur jana keuntungan daripada 5G - Kenanga Research
Firma penyelidikan Kenanga Research berkata, apabila penerimagunaan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) meraih momentum merangkumi perusahaan, ia boleh tampil sebagai pemacu pertumbuhan pendapatan pada masa depan.
Kenaikan permohonan pinjaman menunjukkan permintaan tinggi terhadap hartanah
MIDF Research berkata, permohonan pinjaman yang tinggi itu sejajar dengan jangkaan MIDF Research mengenai permintaan yang lebih kukuh pada 2024 berikutan prospek sektor hartanah yang lebih baik dan status quo Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.
Lebih 1.2 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
Lebih 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi setakat ini bagi musim haji 1445H, menurut Saudi Press Agency (SPA).
KKR harap kenderaan pembinaan dipertimbangkan bantuan subsidi diesel
Ahmad Maslan berkata, ia perlu dipertimbangkan bagi memastikan sektor pembinaan tidak perlu menaikkan sebarang kos disebabkan rasionalisasi subsidi.
Majoriti permohonan tidak diluluskan kerana tidak memenuhi kriteria
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, antara yang tidak diluluskan ialah petani dan penanam kecil yang tidak berdaftar dengan agensi kementerian berkenaan.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.