awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jose Mourinho dilantik jurulatih baharu Benfica

Bernama
Bernama
18/09/2025
16:53 MYT
Jose Mourinho dilantik jurulatih baharu Benfica
Jose Mourinho telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Benfica, dan antara tugasan awalnya ialah berdepan bekas kelabnya Chelsea. - Foto REUTERS
LONDON: Jose Mourinho telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Benfica, dan antara tugasan awalnya ialah berdepan bekas kelabnya Chelsea, lapor PA Media/dpa.
Kelab Lisbon itu membuat keputusan melantik pengendali berusia 62 tahun itu selepas menamatkan khidmat Bruno Lage pada awal pagi Rabu berikutan kekalahan di laman sendiri kepada Qarabag dari Azerbaijan dalam saingan Liga Juara-Juara.
Mourinho kembali ke Benfica selepas pernah mengendalikan kelab itu secara singkat 25 tahun lalu.
Sejak itu, beliau meraih kejayaan besar bersama Porto, sebelum berhijrah ke Chelsea dan memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang dua tempoh bersama kelab London tersebut.
Mourinho kini bakal kembali ke Stamford Bridge apabila Benfica menentang Chelsea dalam aksi Liga Juara-Juara pada 30 Sept.
Beliau menyertai Chelsea pada 2004, sejurus selepas kelab itu diambil alih oleh bilionair Rusia, Roman Abramovich.
Mourinho ketika itu memperkenalkan dirinya sebagai "Special One" dan membimbing Chelsea menjuarai dua gelaran Liga Perdana, satu Piala FA serta dua Piala Liga dalam tempoh pertamanya yang berakhir pada 2007.
Beliau kemudian menambah satu lagi gelaran Liga Perdana dan satu lagi Piala Liga pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#ketua jurulatih baharu
#Benefica
#Chelsea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan