MALAYSIA
Lebih 37,000 pergerakan keluar masuk di ICQS Rantau Panjang dalam tempoh lima hari

ICQS Rantau Panjang merekodkan 37,413 pergerakan keluar masuk pada 12 hingga 16 Sept lepas. - Foto fail/Sinar Harian
PASIR MAS: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini merekodkan 37,413 pergerakan keluar masuk pada 12 hingga 16 Sept lepas.
Timbalan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Rantau Panjang Bakri Sulaiman berkata daripada jumlah itu 16,704 merupakan kemasukan, manakala 20,709 pergerakan keluar.
"Berdasarkan statistik harian, jumlah keluar masuk di ICQS Rantau Panjang kebiasaannya sekitar 3,000 hingga 4,000 orang sehari.
"Namun, pada 13 Sept (Sabtu) kita catatkan 2,903 masuk dan 4,384 keluar, manakala pada 14 Sept (Ahad) jumlah keluar meningkat kepada 4,648 orang," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.Beliau berkata pertambahan jumlah pergerakan keluar masuk di ICQS Rantau Panjang itu berikutan cuti persekolahan dan cuti umum sempena Hari Malaysia.
"AKPS bersama agensi keselamatan lain akan terus meningkatkan kawalan bagi memastikan kelancaran urusan serta keselamatan pengunjung di pintu masuk sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami