JERANTUT: Pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield yang juga merupakan penulis blog makanan “Mat Salleh Cari Makan” serta empat anggota keluarganya yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan selamat di Kuala Tahan, di sini petang tadi.
Isterinya, Haigbrown Woodfield, 30, sebelum itu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Rhys di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, pada jam 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan berkata Rhys, 30, bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan sejak 25 September lalu dan menginap di sebuah resort di Kuala Tahan sepatutnya pulang ke ibu negara petang semalam.
Bimbang dengan keselamatan mereka, isterinya telah melaporkan kehilangan Rhys bersama adik iparnya, Siaw Woodfield, 25, dan Owen Woodfield, 22.
“Turut serta melancong bersama mereka ke Kuala Tahan, iaitu bapa mertuanya, James Woodfield, 62, dan ibu mertuanya, Rachel Anne Woodfield, 60.
“Pada 27 September, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa bersama empat orang ahli keluarganya telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika itu dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur tetapi tidak dapat dihubungi oleh isteri mangsa,” katanya.
Mazlan berkata, isteri mangsa percaya lokasi terakhir suami dan keluarganya berada di kawasan Hutan Kampung Pagi, Ulu Tembeling.
“Setelah menerima maklumat, pihak polis terus bertindak segera dengan melakukan pencarian di Kampung Pagi melibatkan Pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan dan Anggota Pondok Polis Kuala Tahan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi pada jam 2.30 pagi.
“Manakala anggota Pondok Polis Kampung Bantal membuat rondaan Dari Kampung Bantal ke Kampung Pagi pada jam 2.35 pagi,” katanya.
Katanya, operasi mencari dan penyelamat (SAR) dimulakan pada jam 8.00 pagi hari ini dan turut membuka pusat operasi pencarian pada jam 10.00 pagi di Balai Raya, Kampung Pagi yang disertai agensi lain.
“Operasi diteruskan, kesemua mangsa hilang ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut pada jam 1.10 tengah hari ini. Semua mangsa dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik Kuala Tahan.
“Saya berterima kasih kepada penduduk kampung dan agensi lain yang turut serta dalam pencarian orang hilang dengan bertindak pantas dan cekap,” katanya.
Mazlan measihatkan pelancong menggunakan khidmat pemandu pelancong bagi mengelak tidak berlaku kejadian sesat dan kecelakaan di hutan.
Amir Hamzah Nordin
Wed Sep 28 2022
Rhys (kiri) bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan sejak 25 September lalu dan menginap di sebuah resort di Kuala Tahan sepatutnya pulang ke ibu negara petang semalam. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat
Penulis blog 'Mat Salleh Cari Makan' bersama empat anggota keluarganya dilaporkan hilang di Kuala Tahan ditemui selamat.