Blogger dan pengguna media sosial diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam penggunaan internet.
"Jangan dibiarkan sehingga sampai ke tahap yang tindakan perlu diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan internet dan media sosial," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam hal ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin akan diminta memantau media sosial.
"Lagipun, jika anda cukup terpelajar untuk menggunakan media sosial, maka anda harus cukup terdidik untuk membezakan antara yang benar dan salah," kata Salleh dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata sejak kebelakangan ini, blogger dan pengguna media sosial bertindak melulu dalam membuat paparan di internet.
"Ia semakin meningkat mungkin disebabkan pilihan raya umum yang bakal menjelma dan sentimen semakin tinggi. Kita tidak boleh membiarkan perasaan dan sentimen menjejaskan keamanan, keharmonian serta kestabilan Malaysia," katanya.
Salleh berkata meskipun terdapat undang-undang yang mengawal penyalahgunaan media sosial seperti penerbitan berita palsu, hasutan, fitnah dan sebagainya, blogger dan pengguna media sosial harus bertanggungjawab untuk mengamalkan penapisan sendiri.
"Kenapa perlu tunggu sehingga kerajaan bertindak ke atas mereka yang menyalahgunakan internet? Rakyat Malaysia tahu apa yang boleh diterima oleh masyarakat dan apa yang menyinggung perasaan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 06 2018
sejak kebelakangan ini, blogger dan pengguna media sosial bertindak melulu dalam membuat paparan di internet. - Foto fail Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.
COVID-19: Johor akan kaji keperluan turunkan kadar cukai hiburan taman tema
Segala keputusan serta pendekatan berhubung perkara itu akan diambil berdasarkan pakej rangsangan ekonomi.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
'Leher penuh 'love bite'? Zara Zya beri amaran pada blogger tabur fitnah
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak
Kedua-dua mereka turut membawa sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu pada masa yang sama.
Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung dakwaan anak cabul gadis
Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.
Azlan Man nafi bersekongkol dengan Tun Mahathir jatuhkan PM
Menteri Besar Perlis nafi tuduhan dan dakwaan blogger Yusman Zahari mengenai keterlibatannya dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.