PARIT BUNTAR: Kerajaan negeri akan melancarkan rangka tindakan (blue print) 29 Mac ini dalam usaha ke arah menjadikan Perak negeri maju dan membangun mulai 2021 hingga 2030.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata rangka tindakan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapat persetujuan dan kelulusan.
"Blue print itu antara lain melibatkan perancangan bagi menambah pendapatan atau sumber-sumber baharu bagi kerajaan negeri. Blue print itu jelas bertujuan bagi menetapkan hala tuju negeri yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Moh Mengopi Bersama Menteri Besar Perak sempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) di Taman Seri Semarak dekat sini hari ini.
Saarani berkata rangka tindakan itu juga akan mengetengahkan semua aspek dalam memastikan rangka hala tuju dan pengisiannya mengikut keperluan semasa.
Tegasnya, turut diperhalusi dalam rangka tindakan itu adalah kajian separuh penggal untuk melihat sama ada sasaran perancangan dapat dicapai atau tidak dari semasa ke semasa.
"Jika kita perlu beri perhatian yang lebih kepada bidang lain, maka kita boleh ubah keputusan itu. Contohnya, jika mendapati ada keperluan yang mendesak untuk kita memberikan tumpuan kepada usahawan atau penjaja maka sudah tentu kita kena lihat dan membantu mereka yang jatuh terjejas atau hilang pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)," katanya.
Saarani menarik perhatian, kerajaan negeri juga tidak mahu rangka tindakan ini dilihat gah atau cantik pada kulitnya sahaja kerana yang penting adalah aspek pengisian serta sasarannya ke arah membantu keperluan rakyat.
Tegasnya, beliau mahukan perancangan ini bukan setakat atas kertas putih sahaja tetapi perlu sampai ke peringkat akar umbi setelah mengambil kira keadaan rakyat hasil daripada program turun padang yang dilaksanakan selama ini.
"Kita perlu kayakan sumber dana kerajaan dahulu sebelum dapat membantu rakyat kerana kalau kerajaan negeri pun miskin bagaimana ingin bantu rakyat," katanya.
Menurutnya, matlamat akhir nanti adalah untuk mewujudkan sebuah negeri yang maju, makmur dan boleh dikunjungi serta didiami hasil daripada sumber ekonomi dan pembangunan yang rancak setanding Pulau Pinang serta negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad (kanan) bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar Syamsul Husin (kiri) selaku moderator pada program Moh Mengopi Bersama Menteri Besar di Taman Seri Semarak hari ini. - Foto BERNAMA
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
'Blue print' pacu ke arah Perak maju 2021-2030 akan dilancar
Kerajaan negeri akan melancarkan rangka tindakan (blue print) 29 Mac ini dalam usaha ke arah menjadikan Perak negeri maju dan membangun mulai 2021 hingga 2030.