LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenal pasti tapak selaman skuba yang ikonik dikenali sebagai Blue Ring Hole di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel di sini sebagai produk pelancongan baharu negara.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata difahamkan hanya terdapat 10 tapak Blue Hole di seluruh dunia dengan masing-masing mempunyai satu struktur lubang biru, tetapi di Lahad Datu ia lebih menarik kerana Blue Ring Hole ditemukan dengan dua struktur lubang biru.
"Lawatan saya ke Blue Ring Hole hari ini, dari MOTAC kami membantu untuk mempromosikan produk pelancongan baharu, selepas kita beransur pulih dari COVID-19 kita mencari produk baharu untuk negara kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Blue Ring Hole yang dikenali sebagai Takat Tenggiri dalam kalangan nelayan tempatan itu, terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Lahad Datu dan mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi menggunakan bot laju.
Dalam pada itu Nancy berkata banyak aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan di tempat berkenaan termasuk aktiviti selaman skuba dan selam snorkel.
"Pelancong domestik atau antarabangsa yang mahu menikmati percutian berbeza yang jauh dari bandar, boleh ke sini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya melihat banyak produk pelancongan di Sabah yang boleh dipromosikan termasuk aspek seni dan kebudayaan.
"Masih belum banyak diketengahkan dan saya percaya seni, budaya dan warisan penduduk Sabah ini mampu menjadi produk pelancongan yang akan mengiringi produk pelancongan fizikal yang ada, misalnya produk makanan," katanya.
Menurutnya penduduk tempatan perlu mengambil peluang untuk bersama kerajaan bagi mengetengahkan produk yang boleh menjana pendapatan komuniti serta negara.
Nancy berkata MOTAC komited memastikan usaha membangunkan semula industri pelancongan agar berada di landasan betul dan dapat dicapai dalam jangka waktu ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) melihat dengan lebih dekat gambar Blue Ring Hole melalui rakaman drone pihak polis sewakrtu mengadakan lawatan ke poduk pelancongan itu di Darvel Bay hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Blue Ring Hole produk pelancongan baharu negara - Nancy
MOTAC mengenal pasti tapak selaman skuba yang ikonik dikenali sebagai Blue Ring Hole di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel sebagai produk pelancongan baharu negara.