KUALA LUMPUR: Syarikat milik Fitch Solutions, BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus, berbeza dengan jangkaan penurunan sebanayak 9.0 peratus sebelum ini.
BMI dalam satu kenyataan berkata semakan itu dibuat berikutan permintaan terpendam yang lebih baik daripada jangkaan untuk kenderaan yang dibeli semasa tempoh pengecualian cukai jualan.
"Kami mengambil maklum bahawa sebelum ini, BMI menjangkakan permintaan akan berkurangan pada suku kedua 2023, bagaimanapun data yang dikumpulkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan bahawa permintaan kekal meningkat sepanjang separuh pertama 2023," katanya.
Pengecualian cukai jualan telah luput pada 30 Jun 2022 dan terdapat tempoh penangguhan pengecualian sehingga 31 Mac 2023 untuk kereta tersebut yang telah ditempah untuk pembelian sebelum tamat tempoh pengecualian cukai jualan.
Pesanan tertunggak diselesaikan susulan gangguan rantaian bekalan, ia bermakna pengeluar kereta tidak dapat memenuhi tempahan, katanya
Menurut MAA, jualan kenderaan meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun dalam tujuh bulan pertama 2023 untuk mencapai 429,807 unit berbanding 381,680 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.
Selain itu, BMI percaya permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) akan jauh melebihi permintaan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam tempoh unjuran 2023-2032.
"Kami ketika ini menjangkakan jumlah jualan EV meningkat empat kali ganda pada 2023 walaupun kadar penembusan EV negara (jualan EV sebagai peratusan daripada jumlah jualan kenderaan) akan berada pada hanya 1.8 peratus.
"Walaupun kadar pertumbuhan bagi pasaran EV Malaysia adalah ketara, kami perhatikan ia ketinggalan berbanding 2022 (+870.8 peratus)," katanya.
Melihat kepada pemacu utama pertumbuhan prospektif Malaysia dalam kadar penggunaan EV, BMI menekankan pelanjutan pengecualian duti import bagi komponen untuk pemasangan tempatan EV, pengecualian duti eksais dan cukai jualan untuk kereta EV pemasangan tempatan (CKD) dipasang secara dan pengecualian duti import serta eksais ke atas model import sepenuhnya (CBU).
Satu lagi pertimbangan penting yang dibuat dalam unjuran EV ialah kehadiran pembuatan EV tempatan daripada Volvo dan Mercedes-Benz, katanya.
"Mercedes-Benz menyatakan ia merancang untuk mempunyai 30 peratus daripada semua kenderaannya yang dijual di Malaysia untuk EV menjelang 2030 kerana Malaysia menawarkan salah satu kadar penembusan EV tertinggi untuk produknya di seluruh dunia.
"Malaysia juga telah menyaksikan sejumlah besar pembuat kereta memasuki pasaran yang memberi pengguna lebih banyak pilihan," katanya.
BMI berkata pembuat kereta EV China, BYD (pembuat EV terbesar di dunia) telah memasuki pasaran Malaysia yang menawarkan pilihan EV mampu milik seperti model Dolphin dan model SUV Atto 3 yang popular.
Selain itu, EV komersil juga semakin meningkat dengan kemasukan trak berat komersial Volvo, katanya.
"Menerusi pengangkutan darat sebagai mod pengangkutan barangan yang dominan di negara ini, trak berat elektrik akan menjadi tumpuan terutamanya apabila syarikat melihat untuk meneliti rantaian bekalan mereka untuk pengurangan pelepasan karbon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
BMI percaya permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) akan jauh melebihi permintaan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam tempoh unjuran 2023-2032. - Gambar fail/Astro AWANI
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.
[TERKINI] Status enam MP, satu ADUN Bersatu berpaling tadah sudah diputuskan
Status enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bersidang pada Jumaat.
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.
FBI mahu jemaah haji doakan Palestin semasa Hari Arafah
Pempengaruh dan hos radio Zayyan, Faisal Ismail yang menjadi tetamu Allah bagi musim haji tahun ini mahu jemaah haji Malaysia menggunakan peluang berdoa di Arafah untuk kesejahteraan Palestin kerana nasib umat Islam itu sangat kritikal dan perlukan bantuan doa seluruh umat Islam. Beliau juga mahu menggunakan pengalaman menunaikan rukun Islam kelima itu bagi menyeru lebih ramai peminat dan pengikut ke arah kebaikan dan bukannya untuk menambah populariti.
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
Jemaah haji Malaysia terakhir tiba di Arab Saudi esok
Sehingga 8 Jun 2024, hanya sembilan sahaja lagi pesawat belum masuk ke Arab Saudi untuk membawa jemaah haji Malaysia mengerjakan haji bagi musim kali ini, di mana jemaah terakhir berbaki 39 orang dijangka tiba di Mekah pada 10.20 pagi waktu tempatan pada 9 Jun.
Tambahan RM 200 juta perkasa program TVET
Pembiayaan dalam bidang-bidang ini akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program-program latihan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Keterangan tidak konsisten ibu bapa Zayn Rayyan
Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kepada Zayn Rayyan, disambung.
Pelantikan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan akan bawa impak positif
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Fan Bingbing mempunyai pengaruh besar dalam media sosial dan mampu memanfaatkan platform berkenaan untuk mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.
Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.