Spekulasi bertiup kencang bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) esok, hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuaratnya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
Pagi esok, pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan para wakil parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memperkemas jentera pilihan raya gabungan itu dan mengadakan sidang akhbar selepas itu.
Oleh kerana Najib, yang menyelaras jentera kempen BN untuk julung kalinya bagi menghadapi PRU selepas mengambil alih jawatan perdana menteri empat tahun lepas, membayangkan beliau akan mengumumkan nama calon parti gabungan itu lebih awal dan akan ada kejutan.
Pengumuman yang amat ditunggu-tunggu itu, jika benar berlaku, dibuat genap seminggu selepas pembubaran Dewan Rakyat dan ketika melancarkan manifesto BN Sabtu lepas, Najib berjanji akan meneruskan usahanya melaksanakan transformasi terhadap negara dan kehidupan semua rakyat Malaysia.
Beliau mengulangi mesej ini di Ipoh ketika melakukan lawatan sehari ke sana dan menikmati jamuan tengah hari bersama-sama anggota pertubuhan bukan kerajaan Perak di dewan Tokong Tow Boh Keong, selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan kilang pengeluaran lokomotif berharga RM400 juta milik CSR Group dari China.
"Banyak lagi kebaikan akan dapat dinikmati walaupun sehingga kini, banyak yang telah kami laksanakan. Dengan mandat yang kukuh, kami boleh lakukan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Ini janji saya kepada anda semua.
"Saya bertanya kepada diri sendiri, apa lagi yang orang Cina mahu?. Mereka mahu keselamatan; mereka mahu keharmonian. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka mahu kerajaan yang adil dan saksama," katanya pada majlis makan tengah hari itu.
Najib berkata semua itu akan dipenuhi sekiranya BN diberi mandat lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata janji BN untuk menarik pelaburan RM1.3 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang, seperti yang terkandung dalam manifestonya, adalah sesuatu yang realistik.
Ketua Wanita Umno dan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU kali ini, manakala Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, yang juga presiden parti Bersaatu Rakyat Sarawak (SUPP), mengesahkan beliau akan memberi laluan kepada muka baharu setelah berkhidmat sebagai anggota parlimen Miri selama enam penggal.
Bernama
Tue Apr 09 2013
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.