Barisan Nasional (BN) kini berada pada landasan yang tepat untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.
Menurut bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ia satu petanda baik dan jentera parti menunjukkan semangat yang tinggi.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, BN tidak boleh terlalu selesa.
“Saya tengok jentera BN di Kimanis ini memang menunjukkan semangat yang sangat tinggi, semangat yang luar biasa dan kerja-kerja yang mereka lakukan adalah kerja-kerja yang bersungguh-sungguh,” katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau tidak mahu meletakkan sebarang andaian atau peratusan mengenai kemenangan BN pada PRK Kimanis nanti.
“Saya jangka Insya-Allah BN akan menang tetapi saya tak dapat pasti dan saya tak nak letakkan apa-apa andaian melainkan keyakinan.
“Insya-Allah, kalau kita terus bekerja keras kemenangan menanti kita,” ujarnya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir membuat tinjauan di Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Brunei, pada Sabtu.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 11 2020
Najib tidak mahu meletakkan sebarang andaian atau peratusan mengenai kemenangan BN pada PRK Kimanis nanti. - Gambar fail
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
'Kalau ada kereta terbang lagi cepat saya tiba' - Najib
Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata, kehadirannya ke Kimanis akan lebih cepat sekiranya mempunyai kereta terbang.
Najib persoal mengapa akaun UMNO masih dibekukan
Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih lagi membekukan akaun UMNO dan harta milik parti itu.
Najib tidak turun berkempen PRK, mahu rehat
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) Balakong dan Seri Setia nanti.
'UMNO macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri' - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyarankan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'faham-faham sendiri' bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada UMNO.