awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy

Bernama
Bernama
14/12/2024
22:00 MYT
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Nancy berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
KUCHING: Simposium Legenda Puteri Santubong akan diadakan tahun depan bagi memperkukuh penceritaan berkenaan yang merupakan satu daripada warisan cerita rakyat yang terkenal di Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Berucap merasmikan Program Santubong Day di Dewan Komuniti Santubong dekat sini, pada Sabtu beliau berkata usaha itu dapat meraikan kekayaan budaya tempatan, selain meningkatkan kesedaran tentang nilai sejarah Santubong kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
"Santubong ialah sebuah kawasan yang kaya dengan sejarah dan cerita. Penemuan artifak di sini mengesahkan kepentingannya dalam sejarah perdagangan dunia,” katanya.
Beliau berkata Santubong juga sudah berkembang dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa berdasarkan keunikan dan keindahan semula jadi dimiliki kawasan itu.
"Santubong adalah permata warisan yang perlu kita hargai dan pelihara. Saya menyeru seluruh penduduk Santubong untuk bersama-sama menjaga khazanah alam dan budaya kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Nancy berkata kesejahteraan pelajar kawasan Santubong khususnya yang sedang menjalani pengajian di institusi pengajian tinggi menjadi keutamaan beliau, dengan sebanyak RM69,100 bantuan pendidikan telah disalurkan setakat tahun ini kepada 258 penerima.
Pada tahun lepas, katanya sejumlah RM117,300 telah disalurkan kepada 314 pelajar menerusi bantuan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Simposium Legenda Puteri Santubong
#warisan cerita rakyat
#Sarawak
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan