PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Dana Politik dapat dibentangkan sekurang-kurangnya untuk bacaan kali pertama di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, RUU itu adalah antara komitmen BN dan gabungan politik tersebut telah mencadangkannya sebelum PRU14 agar masalah berkaitan akauntabiliti, ketelusan dari segi pergerakan wang dapat diletakkan pada satu proses serta ada undang-undang yang menentukannya.
"Kali ini kita mempunyai Perdana Menteri yang boleh bawa perkara ini dan kita harap setidak-tidaknya dapat dibuat bacaan kali pertama di peringkat Parlimen," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan Forum Polisi Cukai Malaysia ke-3 di sini hari ini, mewakili Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor yang baharu, Zambry berkata, ia memberikan suatu impak dan dorongan yang baik kepada BN Selangor, mengambil kira latar belakangnya sebagai menteri serta pengalaman beliau.
Semalam, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar mengumumkan pelantikan Tengku Zafrul menggantikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Jamal pula dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.
Menurut Noh, pelantikan Tengku Zafrul merupakan antara usaha untuk menawan semula negeri Selangor.
- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Barisan Nasional (BN) berharap RUU Pembiayaan Dana Politik dapat dibentangkan sekurang-kurangnya untuk bacaan kali pertama di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Datuk Seri Zambry Abd Kadir. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BN harap RUU Dana Politik dibawa ke Parlimen sebelum PRU15
RUU Pembiayaan Dana Politik antara komitmen BN dan gabungan politik tersebut telah mencadangkannya sebelum PRU14 lagi.