Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor kerana menghormati konsep perkongsian kuasa, kata Pengerusi Biro Publisiti dan
Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata meskipun menerima desakan supaya meletakkan calon Melayu di kawasan itu namun BN tetap menghormati konsep yang menjadi pegangan BN selama ini.
Menurutnya ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai tidak menghormati konsep perkongsian kuasa dengan meletakkan calon Melayu meskipun sebilangan besar penduduk di kawasan itu berketurunan Cina.
"Hak mereka (masyarakat Cina) untuk diwakili di mana? Tiada. Hari itu ada Lee Chin Cheh sebagai wakil rakyat, tetapi (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah suruh dia letak jawatan. Dia (Anwar) pula hendak tempat itu," katanya ketika mengulas mengenai persiapan BN menghadapi PRK DUN Kajang dijadual 23 Mac. Penamaan calon ditetapkan 11 Mac.
Bagi PRK DUN Kajang, BN bakal menurunkan calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Naib Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala pakatan pembangkang menamakan Anwar.
DUN Kajang mempunyai 39,378 pemilih berdaftar iaitu 48 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (40 peratus), pengundi India (10 peratus) dan 2 peratus pengundi kaum-kaum lain. Kira-kira 50 peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita.
Ahmad turut memberi contoh PRK Parlimen Hulu Selangor pada 2010 apabila BN meletakkan calon MIC P. Kamalanathan meskipun didesak menurunkan calon Umno bagi menentang calon pakatan pembangkang Datuk Zaid Ibrahim.
"(Tetapi) kita menghargai konsep kongsi kuasa dan letak P. Kamalanathan sebagai calon dan beliau menang. Ini kerana rakyat (di kawasan itu) memahami yang BN lebih adil dalam memberi hak-hak kepada kaum lain untuk dijadikan ketua.
"Jadi saya harap, dengan ini kaum Cina terutamanya di DUN Kajang memahami betapa BN lebih adil untuk mereka," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Chew merupakan calon yang digeruni lawan disebabkan berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan politik dan mampu menyumbangkan jasanya sepenuh masa berbanding Anwar yang ternyata lebih sibuk sebagai Ketua Pembangkang dan anggota Parlimen Permatang Pauh.
Terdahulu, Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk kawasan Parlimen itu.
Bernama
Sun Mar 02 2014
-gambarfail
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.