Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto dengan menggariskan 17 fokus utama untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.
Bertemakan 'Bersama Kita Teruskan Perjuangan Tok Nan', manifesto itu merangkumi komitmen BN Sarawak untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem demi rakyat di Tanjong Datu.
Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Dewan Masyarakat Lundu di sini, bagi menghadapi PRK DUN Tanjong Datu, 18 Feb ini.
Abang Johari berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mei tahun lepas, rakyat memberi mandat yang besar kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Allahyarham Adenan untuk meneruskan usaha membangunkan Bumi Kenyalang.
"Tapi Allah lebih sayangkan beliau, hanya lapan bulan beliau meninggalkan kita, tetapi semangat Tok Nan masih bersama kita. Hari ini barisan kepimpinan BN berkumpul di Tanjong Datu untuk meneruskan usaha yang telah dijanjikan Tok Nan kepada Sarawak.
"Sebenarnya kita ialah pasukan Tok Nan...yang bertukar hanya kapten, saya menjadi kapten dan saya akan teruskan usaha-usaha yang telah diletakkan oleh Tok Nan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran manifesto itu yang turut dihadiri empat anak Allahyarham Adenan - Siti Rafidah, Hayati Hamidah, Abdul Aziz dan Azizul Annuar serta anggota parti komponen BN Sarawak.
Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata kerajaan negeri mempunyai pelan induk bagi Tanjong Datu iaitu pembangunan pelancongan dan kini hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
"Saya Menteri Pelancongan di bawah Tok Nan, beliau (Adenan) berkata kepada saya, tempat terbaik untuk pelancongan di Sarawak ialah Lundu dan Sematan. Saya telah merangka bagaimana nak bangunkan ekonomi berteraskan pelancongan. Kawasan ini bergunung, mempunyai laut yang sememangnya cantik dan ikan yang banyak, dan saya tahu ramai warga Singapura datang ke sini (Tanjong Datu) untuk memancing.
"Sejak Tun Abdul Taib Mahmud disambung Tok Nan dan kini saya, kita sentiasa memikirkan cara untuk teruskan pembangunan yang ada di kawasan Tanjong Datu dan tempat lain. Sebab itu kita letakkan orang yang selalu dengan Tok Nan (Datuk Amar Jamilah Anu) sebagai calon," katanya.
Manifesto itu diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban.
Berikut 17 fokus dalam manifesto BN Sarawak untuk PRK Tanjong Datu:
1. Meneruskan usaha mengembalikan hak-hak Sarawak
2. Melindungi keselamatan rakyat daripada pencerobohan pendatang tanpa izin
3. Menghormati budaya, tradisi dan agama setiap rakyat
4. Mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
5. Melindungi hak pemilik tanah hak adat Bumiputera
6. Memelihara dan melindungi alam sekitar
7. Menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik
8. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah
9. Mempercepatkan pembinaan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi
10. Menambahbaik dan meluaskan liputan perkhidmatan kesihatan
11. Menggalakkan lebih banyak penyertaan dan mewujudkan peluang untuk wanita dalam aktiviti sosial-ekonomi
12. Membangunkan potensi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk para belia melalui program Bandar Belia 1Malaysia (1MYC)
13. Menggalakkan dan menyediakan pendidikan teknikal melalui 'Centre of Technical Excellence' (Centrexs)
14. Mengiktiraf pendidikan Cina dan memberi bantuan kepada sekolah Cina
15. Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri Sarawak
16. Menambahbaik dan menyediakan lebih banyak premis perniagaan untuk usahawan
17. Mentransformasi Lundu dan Sematan sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak
-- Bernama
Bernama
Thu Feb 09 2017
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (depan dua, kiri) merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu petang tadi. - Foto Bernama
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
BN akan keluarkan risalah mesej daripada Jamilah Anu
Ketiadaan calon BN Datuk Jamilah Anu dalam kempen PRK DUN Tanjong Datu merupakan pengalaman baharu buat para pengundi di sini.