Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khusus untuk Pulau Pinang bagi memberi peluang kepada rakyat di negeri ini memilih, sama ada BN atau Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum ke-14.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata BN negeri juga akan menggariskan beberapa dasar dan program-program yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang jika parti itu diberi mandat untuk mentadbir negeri ini.
"Sembilan tahun DAP memerintah negeri ini, sebanyak 51 janji yang masih belum ditunaikan. Sudah tentu rakyat diberi peluang untuk mengkaji dan melihat sama ada kerajaan negeri sudah tunaikan atau tidak janji-janji tersebut.
Rakyat harus diberi peluang untuk memilih. Kita ingin mengamalkan satu politik yang sihat. Kita akan menawarkan satu janji kepada rakyat Pulau Pinang dan biar rakyat membuat pilihan. Mereka akan melihat kelemahan yang berlaku. Kita mahu bersaing secara sihat, rakyat yang akan tentukan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata antara dasar dan program yang akan dimasukkan dalam manifesto itu termasuk membangunkan kawasan luar bandar dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.
"Sudah tentu kita akan lihat apakah kelemahan yang berlaku di negeri ini ketika ini. Tujuan kita adalah untuk melihat negeri ini lebih stabil. Malaysia dipimpin oleh BN dan kita mahu kerajaan negeri yang selari dengan kepimpinan kerajaan pusat.
Jika BN boleh berkuasa semula, kita akan menikmati kerjasama yang lebih rapat lagi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Apa pun yang penting peluang-peluang itu dapat disediakan dan dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.
Ditanya bila manifesto itu akan dilancarkan, Salleh berkata pihaknya menyerahkan kepada BN negeri untuk melihat dan berbincang dengan BN pusat terlebih dahulu sebelum mengumumkannya kepada rakyat.
Terdahulu, berucap merasmikan persidangan itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO mengingatkan pemimpin parti itu agar jangan sombong, berlagak dan lokek (kedekut) bagi memastikan UMNO terus diterima rakyat.
Beliau berkata pemimpin bukan hanya sekadar turun padang sahaja, sebaliknya mereka perlu 'menguruskan padang' dengan mendengar masalah rakyat seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu.
"Jawatan ini adalah amanah, macam mana kita boleh katakan kita berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Kita kena telus kalau kita boleh bantu, kita cakap boleh bantu. Kalau kita rajin sikit mengurus padang mendengar permasalahan rakyat, Insya-Allah rakyat akan bersama kita," katanya.
Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti dan bersengkongkol dengan DAP, Salleh berkata: "Tun Dr Mahathir pergi (tinggalkan parti) biarkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi biarkan. Pemimpin datang dan pergi. Parti, yang perlu dipertahankan secara berterusan".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017
Beliau berkata BN negeri juga akan menggariskan beberapa dasar dan program-program yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.