KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menuntut agar tempoh darurat dipendekkan bagi membolehkan demokrasi negara berjalan lebih baik.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Kita menuntut darurat yang sudah diproklamasikan dipendekkan. Kita mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi atas nama demokrasi, kita harus melihat kesan dan momokan negara luar terhadap sistem demokrasi dan darurat di Malaysia.
"Kita memahami bahawa tujuan untuk mengisytiharkan darurat biarpun di atas kertas mahu melihat supaya COVID-19 diatasi, tetapi jika pasar malam boleh dibuka, mall boleh dibuka, maka sidang Parlimen dan DUN, juga boleh diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan secara dalam talian sempena Perhimpunan Agung MIC ke-74 di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh menggesa kerajaan supaya melaksanakan undi 18 dan undi secara automatik mengikut tarikh yang dipersetujui sebelum ini.
"Ini mesti dilaksana mengikut persetujuan yang sudah dibuat dalam Dewan Rakyat dan juga dibawa ke Dewan Negara.
"Tentulah keputusan itu dibuat selepas meneliti daripada pelbagai aspek perundangan dan politik. Namun apabila mereka yang berusia 18 tahun ke atas hanya didaftarkan pada September 2022, ini adalah sesuatu yang di luar persetujuan yang telah dibuat," ujarnya.
Justeru beliau meminta kerajaan supaya tidak menggunakan alasan pandemik COVID-19 untuk mematikan demokrasi di Malaysia.
"Cari kaedah terbaik supaya mereka yang berumur 18 tahun dapat diberikan hak mengundi.
"Jangan khuatir bahawa mereka akan mengundi kerajaan yang ada atau pihak lain, kita mesti berikan hak kepada pengundi muda," katanya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Astro Awani
Sat Apr 03 2021
Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sekiranya pasar malam dan pusat beli balah boleh dibuka, maka sidang Parlimen dan DUN juga boleh dibuka. - Gambar fail/Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis
Penganalisis James Chai berkata, pengundi muda mempunyai kuasa undi yang berbeza, bergantung kepada kawasan geografi, atau tempat tinggal mereka.
Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.
PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya
Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.
Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.
DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.
Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.
Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.