awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNBBC minta kerajaan tepati janji tidak naikkan kadar tol

Haider Yutim
Haider Yutim
16/06/2015
07:56 MYT
BNBBC minta kerajaan tepati janji tidak naikkan kadar tol
Shahrir berkata perkara itu dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dan ianya harus ditunaikan.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan menepati janji yang telah dibuat untuk tidak menaikkan kadar tol.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) telah pun menyatakan perkara itu dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dan ia harus ditunaikan.
"Kita akui dalam manifesto BN, tol tidak patut naik. Saya rasa itu perkara yang perlu dipegang oleh pemerintah, yang mewakili BN," kata Ahli Parlimen Johor Baharu itu dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.
Shahrir mengulas tentang laporan media yang mengatakan kadar tol di kawasan Lembah Klang dijangka naik.
Laporan tersebut memaklumkan bahawa kadar tol bagi 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka meningkat sebanyak 30 peratus.
Antara lebuh raya utama yang disebut akan naik termasuk Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Kajang Silk (SILK).
Berita tentang kenaikan kadar tol itu juga telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai yang mengaitkannya dengan bebanan kos hidup yang semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#BNBBC
#lebuhraya
#Lembah Klang
#shahrir samad
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan