Pemegang kad kredit dan debit perlu mula menggunakan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) mereka bagi urus niaga untuk membantu Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan mengesan dan menyelesaikan masalah awal dalam pelaksanaannya.
Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran BNM Tan Nyat Chuan berkata peralihan kepada kad berasaskan PIN dijangka selesai dalam masa sebulan dua ini dan pemegang kad perlu membiasakan diri menggunakan PIN bagi tempoh enam bulan akan datang sebelum keupayaan tanda tangan di terminal jualan (POS) ditamatkan pada 1 Julai.
"Usaha dan sokongan padu dalam peralihan itu adalah kunci bagi memastikan kejayaannya.
"Peralihan kepada pembayaran elektronik (e-pembayaran) adalah pemboleh utama bagi kecekapan, produktiviti dan daya saing ekonomi yang lebih tinggi," katanya dalam temu bual media bersempena dengan Karnival Kewangan 2017 selama tiga hari anjuran BNM yang berakhir hari ini.
Tan berkata, dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, BNM memulakan usaha untuk mengubah landskap pembayaran dengan beralih daripada tunai dan cek kepada cara pembayaran elektronik lebih selamat yang akan membawa kepada penjimatan kos dan peningkatan kecekapan, yang seterusnya meningkatkan daya saing negara.
Beliau berkata bank pusat menyasar mengurangkan urus niaga cek sebanyak separuh pada 2020 daripada 205 juta cek setahun pada 2011 dan sasaran itu dijangka dapat dicapai dengan penurunan ketara sebanyak 35 peratus penggunaan cek pada 2016 sebanyak 134 juta urus niaga cek.
Instrumen utama untuk menggantikan cek adalah perkhidmatan pindahan dana elektronik iaitu Interbank GIRO (IBG) dan Pindahan Dana Segera yang boleh diakses kepada 99 peratus daripada pemegang akaun simpanan dan semasa.
"Dalam usaha membetulkan petanda harga, pada Mei 2013 fi IBG diturunkan daripada RM2 kepada 10 sen dan fi cek dinaikkan kepada 50 sen pada Januari 2015 untuk menggalakkan orang awam melakukan lebih banyak e-pembayaran.
"Hasilnya, kuantiti IBG dan Pindahan Segera meningkat 292 peratus daripada 66 juta setahun kepada kira-kira 260 juta pada 2016," katanya.
Keseluruhannya, beliau berkata momentum bagi peralihan cek berjalan dengan sangat lancar, tetapi bahagian tunai berdepan cabaran lebih besar.
Apabila ekonomi berkembang, lebih banyak tunai diperlukan untuk menyokong aktivitinya dan BNM terpaksa mencetak lebih banyak wang kertas, yang perlu diproses oleh bank untuk menyediakan kepada pengguna akhir menerusi mesin ATM dan proses itu akan berulang, justeru memberikan kos yang besar kepada negara, katanya.
Bagi membendung peningkatan wang tunai, beliau berkata BNM berharap rakyat akan mengubah sikap mereka dan menggunakan kad debit dalam pembayaran mereka, yang mana kad ATM mereka juga adalah kad debit.
"Pada masa lalu, tidak ramai orang menggunakan kad debit berbanding tunai yang saya percaya ia disebabkan kurang kesedaran dan kemungkinan juga tabiat," katanya.
Sementara itu, kebanyakan terminal POS juga hanya didapati di perniagaan besar kerana kadar diskaun peniaga (MDR) mungkin tidak termampu kepada peniaga kecil dan justeru itu, kurang peluang untuk menggunakan kad debit.
Bagi merangsang penggunaan kad debit untuk menggantikan tunai, BNM mengeluarkan rangka kerja pada 2015 bagi menangani masalah dan memastikan kos penerimaan kad pembayaran adil dan berpatutan.
Rangka kerja itu menyaksikan fi pertukaran bagi kad debit dikurangkan yang membawa kepada penurunan MDR.
Tan berkata penggunaan kad debit kini meningkat dengan pantas berbanding kad kredit, dengan urus niaga meningkat daripada 23 juta pada 2011 dan diunjurkan hampir 96 juta pada akhir 2016.
Beliau berkata pertumbuhan kad kredit dari 2011-2016 adalah kira-kira 20 peratus, manakala kad kredit meningkat antara dua dan empat peratus bagi tempoh yang sama, menunjukkan trend yang semakin ramai orang kurang mengambil tunai daripada mesin ATM, dan sebaliknya menggunakannya terus di terminal POS.
Mengenai peralihan kepada kad pembayaran berasaskan PIN, beliau menjelaskan ia adalah satu daripada inisiatif bagi meningkatkan keselamatan prasarana kad pembayaran.
Malaysia mengambil langkah berani untuk beralih kepada cip pada 2005 bagi membendung masalah penipuan daripada berleluasa.
Selepas menggunakan cip bagi tempoh yang agak lama, Tan berkata negara kini beralih ke tahap yang lebih tinggi membolehkan PIN digunakan di POS untuk menjadikan kad e-pembayaran lebih selamat.
Mengenai kebimbangan pembayaran tanpa sentuh tidak selamat, beliau berkata dengan fungsi-fungsi tanpa sentuh ditetapkan di cip, akan sukar untuk membuat penipuan.
Jikapun sekiranya penipu dapat mencuri data daripada cip, beliau berkata ketika ini mereka masih tidak mampu menghasilkan kad cip lain kerana teknologi itu menggunakan kriptografi maju yang dapat menghalang ia daripada diklon.
Tan berkata malahan urus niaga e-dagang akan menjadi tugas sukar bagi penipu kerana pemegang kad dilindungi oleh sistem pemantauan penipuan seperti apabila berlaku aktiviti luar biasa pemilik kad akan diberi peringatan oleh bank, serta memerlukan pengesahan menerusi kata laluan sekali yang akan dihantar ke peranti mudah alih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
Pemegang kad kredit dan debit perlu mula menggunakan PIN mereka bagi urus niaga untuk membantu BNM mengesan masalah awal pelaksanaannya. - Gambar fail
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.