MALAYSIA
BNPL, kutip hutang, pajakan kini dikawal selia melalui kelulusan RUU Kredit Pengguna 2025

RUUKP dijangka beri perlindungan menyeluruh melalui kawal selia caj keterlaluan dan kutipan hutang beretika. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) pada 4 September lalu, sekali gus memperkukuh kawal selia terhadap industri kredit pengguna dan melindungi rakyat daripada amalan tidak adil, tidak telus serta menindas.
Ringkasan AI
- Dewan Negara luluskan akta baharu bagi melindungi rakyat daripada amalan kredit tidak adil dan menindas, termasuk skim BNPL dan kutipan hutang.
- SKP ditubuhkan sebagai badan bebas untuk mengawal selia penyedia kredit yang sebelum ini tidak tertakluk kepada pengawasan rasmi.
- RUUKP dijangka beri perlindungan menyeluruh melalui kawal selia caj keterlaluan dan kutipan hutang beretika, serta kukuhkan kepercayaan terhadap sistem kewangan negara.
"RUUKP, yang dibentangkan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, akan menjadi akta induk yang diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Pengawal Seliaan dan Penyeliaan (Regulatory and Supervisory Authority, RSA) bagi memantau aktiviti kredit pengguna di bawah agensi masing-masing.
“RUUKP merupakan manifestasi reformasi berpengaruh untuk memperkukuh perlindungan pengguna dan mengatur semula landskap kredit negara. Kerajaan MADANI tidak memandang remeh prinsip keadilan dan ketelusan agar kemaslahatan rakyat sentiasa terjamin,” kata MoF, pada Jumaat.
"Ia juga diwujudkan untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kewangan negara.
"Selain itu, RUUKP turut membuka laluan kepada penubuhan SKP, sebuah badan bebas yang akan memantau serta mengawal selia penyedia kredit yang sebelum ini tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia rasmi," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami