awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tular video bergaduh di restoran: Kes selesai cara baik - Polis
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot Coca-Cola hanya akan jejaskan pekerja tempatan

Bernama
Bernama
19/05/2021
14:29 MYT
Boikot Coca-Cola hanya akan jejaskan pekerja tempatan
Coca-Cola Malaysia memaklumkan syarikat itu prihatin terhadap pergolakan yang berlaku antara Israel dan Gaza serta kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah. - REUTERS/Gary Cameron/Files
KUALA LUMPUR: Gesaan agar orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi kesan terhadap pekerja tempatan syarikat itu.
Coca-Cola Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata selain itu pihak yang paling terkesan dengan tindakan boikot ini termasuk ribuan peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan dalam negara yang bergantung kepada operasi perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka.
Syarikat itu menekankan walaupun Coca-Cola merupakan jenama global, namun semua operasi pembotolan syarikat itu di Malaysia dibuat dalam negara.
"Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, Coca-Cola telah beroperasi lebih 85 tahun dan menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan syarikat itu menerima maklumat terdapat beberapa individu memboikot produk Coca-Cola akibat khabar angin yang tular di media sosial serta salah faham tentang komitmen syarikat itu di Timur Tengah.
Coca-Cola Malaysia memaklumkan syarikat itu prihatin terhadap pergolakan yang berlaku antara Israel dan Gaza serta kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah.
"Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#media sosial
#Coca-Cola
#boikot
#rakyat tempatan
#pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan