Beberapa syarikat besar disarankan untuk memberi bantuan kewangan ke Gaza, sebagai satu usaha untuk memenangi hati rakyat yang sedang memboikot produk-produk yang didakwa memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.
Cadangan itu dibuat oleh Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abd Rahman setelah beberapa syarikat mula tampil ke hadapan untuk menafikan memberi hasil jualan mereka kepada pihak Israel.
“Itu lebih mantap. Berilah dalam RM1 juta atau RM2 juta atau secara berkala setiap tahun contohnya.
“Itu lebih mudah memenangi hati masyarakat berbanding hanya membuat kenyataan bertulis menafikan itu dan ini,” kata Zaharuddin menerusi akaun Facebook beliau.
Beliau berkata pemberian tersebut boleh dianggap sebagai satu langkah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sangat digalakkan di waktu perlu.
Jenama antarabangsa seperti Tesco Malaysia merupakan antara yang pertama untuk tampil ke hadapan untuk menafikan mereka menyalurkan hasil jualan atau keuntungan daripada pasaraya-pasarayanya untuk tujuan menyokong Israel.
Dalam satu kenyataan, Tesco Malaysia berkata mereka patuh sepenuhnya kepada polisi untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik.
“Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah,” kata Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Tesco Malaysia, Azlam Shah Alias dalam satu kenyataan.
Astro Awani
Wed Aug 06 2014
ZAHARUDDIN: Pemberian bantuan kewangan ke Gaza dapat memenangi hati rakyat.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan susulan boikot, persaingan sengit - Penganalisis
Berjaya Food Bhd (BJFood) dijangka menyaksikan penguncupan pendapatan pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap disebabkan boikot yang berpanjangan dan persaingan sengit daripada
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
Ultras boikot Pestabola Merdeka
KEJOHANAN Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September ini mendapat tamparan apabila beberapa ultras negeri bertindak memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.
X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.