awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
30/05/2024
14:41 MYT
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Zamri berkata boikot ini mesti diteruskan meskipun terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau produk berkualiti terbaik.
KUALA LUMPUR: Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.

Ringkasan AI
  • Prinsip Boikot Terhadap Israel: Prinsip ini menggalakkan boikot terhadap semua entiti yang memiliki kaitan dengan Israel, walaupun syarikat itu menawarkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi.
  • Pelaksanaan Boikot yang Berkesan: Untuk memastikan keberkesanan boikot, penting untuk terus memberi penerangan mengenai syarikat atau entiti yang diboikot dan yang tidak diboikot.
  • Pendidikan Kepada Anak-Anak: Dengan pemahaman sejak kecil, ibu bapa dapat membimbing anak-anak untuk memilih produk yang anti-Israel, walaupun jenama popular.
  • Maklumat yang disampaikan kepada anak-anak harus tepat dan sahih.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamri Zainal Abidin berkata boikot mesti diteruskan meskipun terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau produk dengan kualiti terbaik dalam industri.
“Dua minggu lalu, sahabat saya hendak menggunakan satu perkhidmatan laman sesawang dan hampir melanggan daripada satu syarikat penyedia perkhidmatan.
“Tetapi, selepas disemak, syarikat itu mempunyai kaitan dengan Israel, tetapi khidmat yang diberikan adalah yang terbaik.
“Saya beritahu prinsip kita mesti teguh hatta perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dalam industri, tetapi disebabkan oleh sumbangannya kepada Israel, maka tinggalkan syarikat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Tambah Zamri, untuk memastikan pelaksanaan boikot yang benar-benar berkesan, penerangan mengenai syarikat atau entiti yang diboikot dan tidak diboikot perlu diuar-uarkan secara berterusan secara berkesan.
“Kita perlu sama-sama main peranan. Jika ada syarikat yang tidak ada dalam senarai boikot, maka itu juga perlu dimaklumkan berulang kali kepada orang awam, agar tidak memangsakan perniagaan orang kita sendiri dan kita dapat capai matlamat utama,” ujarnya lagi.
Menyentuh mengenai penerangan kepada anak-anak pula, Zamri menjelaskan tidak sukar untuk mendidik anak-anak mengenai penolakan terhadap produk-produk yang menyokong Israel.
Bahkan katanya, dengan kefahaman dari kecil itu akan membantu ibubapa untuk mengasuh anak-anak agar hanya memilih barangan dan perkhidmatan daripada produk yang anti-Israel meskipun daripada jenama popular.
“Mengambil kira isu susu anak-anak, kanak-kanak yang masih fitrah ini lebih mudah diterapkan untuk tidak menggunakan produk yang diboikot.
“Tetapi kita perlu pastikan maklumat yang dikongsikan kepada anak-anak ini adalah tepat dan sahih,” tambahnya.
Dialog Tiga Penjuru: Isu Boikot | Yang Mana Satu Betul?
Topic Berkaitan
#Israel
#boikot
#Palestin
#YADIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan