awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot: Hak pengguna - Fuziah

Bernama
Bernama
14/11/2023
13:30 MYT
Boikot: Hak pengguna - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.
Menyentuh mengenai tindakan pengguna memboikot produk berkait Israel, beliau berkata kerajaan tidak boleh menghalang kerana ia merupakan hak mereka.
"Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata semua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan melalui konsep francaisi induk yang tertakluk pada Akta Francais 1998.
"Contoh seperti McDonald yang merupakan milik Gerbang Alaf Sdn Bhd dan Starbuck milik Berjaya Group. Syarikat Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.
"Jenama antarabangsa ini mereka bayar royalti. Akan tetapi pengguna yang membuat keputusan," katanya sebelum Rang Undang-undang Perbekalan 2024 kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boikot
#hak pengguna
#kpdn
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan