awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh guna visa mujamalah untuk haji, tetapi TH ada nasihatnya

Azlinariah Abdullah
Azlinariah Abdullah
01/06/2024
23:30 MYT
Boleh guna visa mujamalah untuk haji, tetapi TH ada nasihatnya
Syed Saleh berkata, semua syarikat yang diberikan PJH telah disaring dengan teliti dan telus dari pelbagai aspek termasuk keupayaan kewangan, rekod pengurusan jemaah yang baik dan diyakini sebagai syarikat berwibawa. - Gambar fail/BERNAMA
MEKAH: Minggu ini, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan visa mujamalah untuk diberikan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu dalam jumlah kuota yang sangat terhad.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024M Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mujamalah ialah visa selain visa haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada orang-orang tertentu, melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.
"Visa mujamalah ini boleh digunakan untuk mengerjakan haji, selain visa haji yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH).
"Ia diberikan dalam jumlah yang terhad kepada orang-orang tertentu," katanya kepada pasukan petugas media di sini.
Justeru, beliau berkata, bakal-bakal haji dinasihat cakna dengan pemilihan visa daripada syarikat tertentu yang menawarkan pemberian visa mujamalah.
Ditanya jika visa mujamalah ini boleh dijual beli, beliau berkata, sepatutnya tidak, tetapi itulah yang banyak berlaku sekarang.
"Kerana itu, kita menasihatkan bakal jemaah haji yang mahu menunaikan haji dengan menggunakan visa mujamalah supaya memilih 25 syarikat pelancongan tempatan yang diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh TH.
"Agensi tertentu yang mendapat visa mujamalah ini perlu memohon bersama 'ground services' yang disediakan dalam aplikasi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.
Syed Saleh yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH berkata, untuk musim haji 1445H/2024M, TH memilih untuk memberi lesen PJH kepada 25 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS).
Menurutnya, semua syarikat yang diberikan PJH ini telah disaring dengan teliti dan telus dari pelbagai aspek termasuk keupayaan kewangan, rekod pengurusan jemaah yang baik dan diyakini sebagai syarikat berwibawa.
Tambah beliau, dengan proses perlesenan ini, TH memberi jaminan bakal haji akan merasa yakin bahawa urusan haji mereka selamat selain kebajikan juga akan terpelihara.
Syed Saleh berkata, kerajaan Arab Saudi pada tahun ini telah meluluskan kuota 31,600 orang untuk jemaah haji Malaysia, yang merupakan kuota penuh sebagaimana diluluskan pada tahun sebelumnya.
Setiap tahun, isu mengenai visa mujamalah dan haji secara furada hangat diperkatakan selepas terbongkar beberapa kes bakal jemaah haji terkandas di lapangan terbang berikutan agensi pelancongan yang menguruskan mereka gagal mendapatkan kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi.
Ini lima perkara penting apa yang anda perlu tahu tentang perbezaan antara visa mujamalah dan visa haji muassasah diuruskan TH:
1. Visa haji muassasah diuruskan TH, visa mujamalah boleh sahaja diuruskan syarikat pelancongan
2. Harga untuk pakej haji muassasah tidak melebihi RM34,000, visa mujamalah bersama pakej harganya bermula sekitar RM60,000 dan mencecah RM200,000
3. Jumlah pemberian visa haji muassasah sama seperti kuota rasmi yang diberikan kerajaan Arab Saudi, visa mujamalah terhad dan bergantung kepada keputusan kerajaan Arab Saudi
4. Visa haji muassasah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan diuruskan Tabung Haji, visa mujamalah diberikan melalui kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur
5. Kelulusan visa haji muassasah diketahui awal (Syawal), tetapi berita pemberian visa mujamalah lambat diketahui (akhir Zulkaedah)
Berikut disenaraikan 25 syarikat agensi pelancongan yang diberikan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh TH:
1. THTS 2. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd 3. Alif Travel & Tours Sdn Bhd 4. Al Balad Travel & Tours 5. Batuta Travel & Tours Sdn Bhd 6. CSHOLIDAYS 7. Citra Travel & Tours 8. Eiman Travel Malaysoa 9. Azzuha Group Travel & Tours 10. Felda Travel 11. GET 12. JAD Travel Malaysia 13. MIMM Travel & Tours 14. MKM Ticketing Travel & Tours 15. TM Tours & Travel Sdn Bhd 16. TRI-D Travel & Tours 17. Wira Saujana Travel & Tours 18. Yaskin 19. Juara Travel 20. Rayhar 21. Utas 22. Zahafiz 23. Kembara Umrah 24. Kawan International Travel 25. Amani Travel
Topic Berkaitan
#visa mujamalah
#Haji
#Arab Saudi
#syarikat pelancongan berlesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan