awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh pinjam RM5,000? - 'Scammer' guna nama Speaker Dewan Rakyat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/03/2025
10:00 MYT
Boleh pinjam RM5,000? - 'Scammer' guna nama Speaker Dewan Rakyat
Johari Abdul menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mesej mencurigakan, terutama yang melibatkan permintaan wang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: "Selamat pagi, boleh pinjamkan saya lima ribu ringgit? Saya akan pulangkan esok pagi...”

Ringkasan AI
  • Sindiket penipuan menyamar sebagai Tan Sri Johari Abdul dan menghantar mesej WhatsApp meminta bantuan kewangan daripada kenalan beliau.
  • Johari menyedari kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh rakan dan menggesa mangsa yang telah membuat pemindahan wang untuk segera membuat laporan polis.
  • Johari menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mesej mencurigakan, terutama yang melibatkan permintaan wang.

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.
Menurut Johari, kejadian itu disedarinya pada Selasa lalu selepas dimaklumkan salah seorang rakan beliau yang turut menerima mesej tersebut.
"Mesejnya begini. Good morning. Kawan saya jawab, good morning Tan Sri dan dia jawab balik, can you help me please? Kawan saya jawab, can Tan Sri, whats help Tan Sri?
"Can i borrow RM5,000 for transfer. I promise to return tomorrow morning," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Johari memberitahu, beberapa individu yang terpedaya termasuk seorang mangsa yang membuat pemindahan sebanyak RM20,000 kerana percaya permintaan itu datang daripadanya.
"Seorang ini maklumkan dia hantar RM20,000, kawan ini (sindiket) minta RM5,000, dia hantar RM20,000 sebab Tan Sri yang minta," ujarnya.
Sehubungan itu beliau menggesa mereka yang telah membuat pemindahan wang agar segera membuat laporan polis dan menyerahkan satu salinan laporan tersebut kepada pihaknya.
"Sudah tentu perkara ini sudah banyak kali dibincang dan didebatkan dalam Parlimen, kalau saya sendiri boleh menjadi sasaran sindiket penipuan ini, sudah tentu orang lain juga boleh menerima nasib yang sama.
""Jika seorang Speaker Dewan Rakyat pun boleh kena (diperdaya), apatah lagi orang lain," katanya.
Johari turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mesej mencurigakan, terutama yang melibatkan permintaan wang.
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#scammer
#sindiket penipuan
#Speaker Dewan Rakyat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan